web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Benar Kanak-Kanak Dapat Warganegara Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 6:00PM

Peguam bela (dari kanan) Datuk Nicholas Kow, Ong Yu Shin dan Oii Keng Liang yang mewakili seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun yang dilahirkan di negara ini oleh seorang wanita warga China dan sebelum ini memegang status 'tidak bernegara' memohon kerakyatan di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun yang bapanya rakyat Malaysia dan dilahirkan di negara ini oleh seorang wanita warga China, hari ini berjaya mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.

Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed membenarkan permohonan kanak-kanak itu yang sebelum ini memegang status 'tidak bernegara’ supaya Ketua Pendaftar Kelahiran dan Kematian Malaysia mendaftarkan semula taraf kewarganegaraan kanak-kanak berkenaan sebagai warganegara Malaysia.

Dalam penghakimannya, beliau memutuskan kanak-kanak itu memenuhi syarat kelayakan sebagai warganegara kerana memenuhi Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan iaitu bapanya seorang warganegara Malaysia serta dilahirkan di Malaysia dan tidak dilahirkan sebagai warganegara negara lain.

Hakim itu membuat keputusan tersebut selepas membenarkan saman pemula yang difailkan kanak-kanak itu melalui bapanya pada Disember 2019.

Dalam permohonan tersebut, kanak-kanak itu memohon supaya Ketua Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Malaysia mendaftarkan semula taraf kewarganegaraannya sebagai warganegara Malaysia.

Pemohon juga memohon Ketua Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Malaysia mendaftarkan semula kelahirannya sebagai orang sah taraf dan menamakan bapanya yang berumur 38 tahun sebagai bapa kandung dan ibunya, 39 tahun, sebagai ibu kandung.

Alasan pemohon memfailkan saman pemula itu antaranya pemohon berhak menjadi warganegara Malaysia dengan cara kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14(1)(b) Perlembangaan Persekutuan.

Pemohon berkata berdasarkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) bertarikh 18 Nov 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia, menyatakan bahawa lelaki berumur 38 tahun itu adalah bapa kandungnya.

Peguam Ong Yu Shin, Ooi Keng Liang dan Datuk Nicholas Kow mewakili pemohon. 

Ong semasa ditemui pemberita di luar mahkamah berkata hakim memutuskan isu sama ada taraf perkahwinan ibu bapa semasa kanak-kanak itu dilahirkan sah atau tidak adalah tidak relevan dengan kes tersebut.

"Ini kerana kanak-kanak berkenaan dilahirkan di Ipoh pada 24 Jun 2016 dan tiada pasport luar negara atau kerakyatan negara lain," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia