web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ivermectin: Hasil Kajian I-Tech Akan Dibentang Hujung Bulan Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Oct 2021 3:24PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasil kajian ujian Keberkesanan Rawatan Ivermectin ke atas Pesakit COVID-19 Berisiko Tinggi (Kajian I-TECH) dijangka dibentangkan kepada pihak berkepentingan Kementerian Kesihatan (KKM) pada akhir bulan ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata Kajian I-TECH telah lengkap pada proses merekrut pesakit seramai 500 orang dan kini dalam tempoh akhir analisis kajian.

“Setakat ini bukti untuk menyokong penggunaan Ivermectin bagi merawat atau mencegah jangkitan COVID-19 adalah sangat terhad. Pada 28 Julai, Cochrane Library mengeluarkan kenyataan tidak menyokong penggunaan ubat Ivermectin bagi mencegah atau merawat COVID-19 berlandaskan analisis sistematik terhadap 14 kajian klinikal melibatkan 1,678 peserta.

"Cochrane Library (satu koleksi pangkalan data) merumuskan keperluan untuk data kajian yang lebih berkualiti diterbitkan untuk dianalisis," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Bashir Alias yang ingin tahu status Kajian I-TECH yang dijalankan KKM dan bukti saintifik di peringkat antarabangsa serta langkah diambil bagi mengatasi masalah penggunaan Ivermectin ketika ini.

Selain itu, Dr Noor Azmi berkata terdapat juga kajian klinikal berskala besar baru-baru ini melibatkan pesakit COVID-19 tidak dirawat di hospital dan mempunyai gejala ringan seperti percubaan Ivermectin to Prevent Hospitalisations in Patients With COVID-19 (IVERCORCOVID19) di Argentina dan percubaan bersama di Brazil yang mendapati Ivermectin tidak berkesan dalam mencegah kemasukan ke hospital.

Berhubung langkah yang diambil bagi mengatasi masalah penggunaan Ivermectin, beliau berkata Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM sentiasa memantau dan memastikan produk kesihatan serta ubat yang dipasarkan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dijual kepada masyarakat.

Menurutnya, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi menerima 175 aduan mengenai Ivermectin sepanjang tahun lepas hingga September 2021.

"Berdasarkan pengesahan yang dijalankan, sebanyak 17 premis telah diserbu pada 2020 dengan nilai rampasan berjumlah RM7,193 dan serbuan ke atas 43 premis dan 17 pemeriksaan pada tahun ini dengan nilai rampasan RM124,815," katanya.

Beliau turut memaklumkan sepanjang tahun lepas hingga kini, usaha pendidikan turut dijalankan dengan memuat naik 128 poster dan maklumat menerusi laman Facebook atau media sosial serta 10 poster adalah khusus berkaitan COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia