web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DAKEN 2021 Dilengkapi 39 Strategi, 95 Pelan Tindakan - Nancy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 7:43AM

Nancy ketika berucap pada Majlis Pelancaran Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) di Panggung Sari Kompleks Kraf semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 yang dilancar semalam dilengkapi 39 strategi dan 95 pelan tindakan sepanjang lima tahun tempoh pelaksanaannya, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata pemantauan akan dilakukan terhadap setiap program yang dianjurkan sepanjang tempoh pelaksanaan dasar tersebut antara 2021 dan 2025 sekali gus yakin pihak berkepentingan akan memberi kerjasama dan sokongan padu dalam merealisasikan DAKEN.

“Semakan semula strategi dan pelan tindakan DAKEN akan dilaksanakan selepas 2025,” katanya berucap pada majlis pelancaran DAKEN di Panggung Sari Kompleks Kraf, Jalan Conlay.

Turut hadir, Timbalan Menteri MOTAC Datuk Seri Dr Santhara Kumar dan Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Dr Noor Zari Hamat.

Nancy berkata DAKEN adalah hasil kajian, semakan dan kesinambungan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971.

Menurut Nancy pelaksanaan DAKEN itu akan melibatkan empat institusi penting iaitu kekeluargaan, pendidikan, kemasyarakatan dan perkhidmatan.

Beliau berkata dasar tersebut tidak akan meminggirkan mana-mana pihak selari dengan agenda pembangunan sosioekonomi negara.

“Ini bermakna Keluarga Malaysia bebas untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam usaha merealisasikan agenda DAKEN,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Skuad Waja Perlu Jadi Mata Dan Telinga Komuniti - Nancy

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia