web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rogol Bakal Pengantin, Ayah Su Didakwa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 1:06PM

Tertuduh, Jusoh Jaafar, 67, didakwa merogol seorang gadis sebuah rumah di Kampung Perangkap, Bunut Susu di sini, Khamis dua minggu lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Seorang bomoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan merogol seorang gadis, dua minggu lalu.

Tertuduh, Jusoh Jaafar, 67, mohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Rozaidi Yaacob.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang gadis berusia 23 tahun, dengan menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan di bilik sebuah rumah di Kampung Perangkap, Bunut Susu di sini pada jam 3 petang, 14 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam bela, Nur Fatin Syahirah Abu Hasan.

Mahkamah menetapkan esok sebagai sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen.

Media sebelum ini melaporkan, tindakan seorang bakal pengantin wanita berusia 23 tahun yang mahu mengubati gangguan makhluk halus dialaminya dengan seorang bomoh, bertukar mimpi ngeri apabila dia mendakwa dirogol lelaki itu di sebuah rumah di Tendong di sini.

Mangsa mendapatkan rawatan daripada bomoh berkenaan yang berusia 67 tahun dan dikenali sebagai Ayah Su pada 14 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner (ACP) Nasaruddin Md Nasir berkata, mangsa bersama ibu dan bakal suaminya pergi ke rumah suspek pada jam 3 petang.

Sebaik tiba di lokasi, mangsa dibawa ke bilik rawatan oleh isteri suspek yang dikenali sebagai Mak Su dan ditinggalkan berdua dengan bomoh berkenaan.

“Ketika berada dalam bilik rawatan, lelaki itu meminta mangsa menanggalkan seluar dan ketika proses rawatan, suspek bertindak menggosok paha serta kemaluan mangsa sebelum merogol gadis tersebut,” katanya. - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Bunuh Nenek 85 Tahun, Kelindan Lori Kekal Ke Tali Gantung

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Peras Ugut Dan Rogol, 2 Anggota Polis Didakwa Hari Ini

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Lelaki Rogol Anak Tiri: Mahkamah Kekalkan Hukuman Penjara 42 Tahun

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia