web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bunuh Nenek 85 Tahun, Kelindan Lori Kekal Ke Tali Gantung

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 4:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA  - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas seorang bekas kelindan lori kerana membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun selepas merogol dan meliwatnya di sebuah rumah flat di Kampung Tasik Tambahan, Ampang, lima tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail sebulat suara menolak rayuan K. Sathiaraj, 31, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos 2022.

"Kami mendapati tiada merit dalam rayuan perayu dan sabitan adalah selamat. Ini adalah kes yang sesuai untuk dijatuhkan hukuman mati. Justeru itu, sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dikekalkan dan rayuan perayu ditolak," kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk S.M. Komathy Suppiah.

Sathiaraj didapati bersalah membunuh wanita itu di sebuah rumah flat di Kampung Tasik Tambahan, Ampang, Selangor antara 11.40 pagi hingga 1 petang, 19 September 2019 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sebelum ini, lelaki itu yang mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan meliwat warga emas berkenaan dihukum penjara 13 tahun dengan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang. Namun, dia tidak merayu terhadap keputusan mahkamah itu.

Terdahulu, peguam Hasshahari Johari Mawi mewakili Sathiaraj berhujah pihak pembelaan sebelum ini tidak pernah membangkitkan perayu hilang kewarasan dan ini merupakan pertama kali isu mental perayu dibangkitkan di Mahkamah Rayuan memandangkan wujudnya fakta-fakta berkaitan dengan pembelaan sedemikian.

"Semasa keterangan perayu di peringkat pembelaan, perayu menceritakan walaupun RM1 dia akan mengambilnya, malah kehidupan perayu dij alanan, beli dadah dan mencuri semua diakui, diceritakan dan tidak dinafikan dilakukan oleh perayu. Kesimpulannya hanya orang yang tidak mempunyai akal yang waras melakukan perkara-perkara yang telah diakui dalam keterangannya.

"Oleh itu, saya mohon agar rayuan ini dibenarkan atau mahkamah ini mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi dan menggantikan dengan hukuman pemenjaraan seperti terdapat dalam Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023," kata peguam itu yang turut dibantu Muhamad Hafizan Shafuan Kamarulzaman.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari pula berhujah hakim Mahkamah Tinggi telah mematuhi Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah dengan menghantar perayu ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak dan berdasarkan laporan perubatan, perayu layak dibicarakan malah tiada dalam keterangan menyatakan perayu tidak waras pada masa kejadian.

"Berdasarkan keseluruhan keterangan, perayu dapat ingat satu persatu kronologi kejadian iaitu semasa dan selepas kejadian. Mangsa merupakan wanita warga emas berusia 85 tahun, yang bukan sahaja diliwat dan dirogol malah dirompak dan dibunuh dengan cara yang amat menyedihkan.

"Mulut (mangsa) disumbat dengan kain yang agak besar sehingga menghalang pernafasan, muka dibalut dengan dua lapisan kain dan tangannya diikat ke belakang. Oleh itu, saya mohon agar hukuman mati dikekalkan terhadap perayu," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Zayn Rayyan Kembali Hangat, Ibu Bapa Direman Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka