web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Op Kontraban Rampas 1,890 Karton Minuman Keras

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 5:56PM

Rampasan dianggarkan bernilai RM475,883.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sebuah kontena mengandungi 1,890 karton minuman keras tidak bercukai di KKIP Timur, di sini, kelmarin.

Rampasan tersebut dibuat susulan operasi Op Kontraban yang dilaksanakan oleh Tiger Platon Batalion 16 dan cawangan perisikan Ibu Pejabat Briged Sabah di kawasan berkenaan pada jam 10 malam.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata ketika operasi, pasukan telah mengesan sebuah lori treler bersama sebuah kontena berukuran 12 meter dalam keadaan berkunci tanpa penjaga.

Katanya, pasukan kemudian menjalankan pemerhatian dan selepas tiga jam, pasukan menyerbu serta membuka kontena berkenaan untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kontena berkenaan telah menemui 1,890 karton minuman keras jenama Cool Beer yang disyaki tidak bercukai.

“Rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM475,883,” katanya.

Menurut Abdul Rani, pasukan turut menyita lori treler dan kontena berkenaan.

Jelasnya, semua rampasan yang dianggarkan bernilai RM595,833 telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Kes ini, tambahnya, akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967. - Getaran, 27 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia