web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penipuan Dalam Talian Catat Kerugian RM380 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 7:49AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15,935 kes penipuan dalam talian dengan nilai kerugian kira-kira RM380 juta direkodkan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pengarah (Pengubahan Wang Haram/Siasatan Perakaunan Forensik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali berkata jumlah itu melibatkan antaranya African Scam, Macau Scam, pinjaman tidak wujud, pelaburan dan e-dagang.

Beliau berkata statistik itu amat merisaukan kerana ia menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia yang mudah terpengaruh dengan modus operandi sindiket penipuan terbabit dan JSJK mendapati sejak 10 tahun kebelakangan ini, kes melibatkan penipuan dalam talian merekodkan peningkatan sebanyak 60.6 peratus.

“Oleh itu, JSJK akan mengadakan kempen pencegahan jenayah komersial (jenayah dalam talian) mulai 8 November depan peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada segenap lapisan masyarakat mengenai modus operandi yang digunakan sindiket penipuan ini untuk menipu mangsa,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Muhammed Hasbullah berkata kempen besar-besaran yang akan dilaksana dengan kerjasama syarikat korporat dan badan bukan kerajaan itu diharap berjaya memberikan pendedahan serta ilmu berguna kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa.

“Semasa kempen berkenaan, orang ramai akan didedahkan dengan kemudahan yang disediakan oleh JSJK kepada masyarakat seperti aplikasi Semak Mule dan talian info JSJK untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan dalam talian,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia