web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Dihalang Masuk Butik, KKM Kumpul Maklumat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 12:09PM

Seorang wanita warga asing baru-baru ini dilarang memasuki sebuah butik mewah kerana enggan memakai pelitup muka. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mendapatkan maklumat lengkap daripada pengurusan pusat beli belah KLCC, susulan kejadian menimpa seorang wanita rakyat asing baru-baru ini.

Wanita terbabit dilaporkan berang, apabila dia dilarang memasuki sebuah butik mewah di pusat beli belah terbabit kerana enggan memakai pelitup muka.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter.

Menurut beliau, pelancong asing di Malaysia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan negara ini bagi membendung penularan jangkitan COVID-19, termasuk penggunaan pelitup muka di tempat awam.

“Bila berada di Rom (Itali), ikut cara Romans. Bila di Malaysia tolong pakai pelitup muka tanpa mengira peraturan di tempat lain.

“KKM sedang mendapatkan lebih banyak maklumat daripada KLCC,” ciapnya.

Video memaparkan pelancong terbabit yang tidak mengenakan pelitup muka tular di media sosial sejak semalam, apabila dia dilihat mempertikaikan tindakan pekerja butik berkenaan melarangnya daripada memasuki premis tersebut.

Sikap pelancong itu menerima respon meluas daripada warga maya yang mengecam sikapnya kerana tidak mematuhi dan menghormati peraturan ditetapkan kerajaan.

Netizen turut memuji ketegasan pekerja butik itu yang tidak membenarkan wanita berkenaan memasuki premis.

Mereka turut mempertikaikan bagaimana wanita itu boleh melepasi pemeriksaan pintu masuk KLCC tanpa memakai pelitup muka.

Pemakaian pelitup muka diwajibkan kerajaan sejak 1 Ogos tahun lalu sebagai antara usaha membendung penularan jangkitan COVID-19, dan individu yang gagal mematuhi arahan tersebut boleh dikenakan tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. - Getaran, 28 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia