web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Minum Arak Jenama Timah Hina Wanita Melayu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Oct 2021 7:36PM

Rusnah Aluai - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat wiski tempatan yang mengguna pakai Timah sebagai jenama digesa menukar nama itu pada kadar segera kerana ia adalah penghinaan kepada wanita Melayu.

Rusnah Aluai (PKR - Tangga Batu) berkata, penggunaan nama Timah pada arak sangat mengelirukan dan ia boleh dibayangkan seperti “minum wanita Melayu’.

“Nama Timah itu sendiri dibayangkan dengan wanita Melayu seperti 'Kak Timah', 'Mak Timah' dan 'Makcik Timah'. Jadi, apabila kita minum wiski itu seolah-olah kita minum wanita Melayu.

"Timah ini panggil jenama lain ke? The Mines ke," katanya di Dewan Rakyat ketika perbahasan Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 dibahaskan.

Beliau turut mempersoalkan penggunaan lambang Kapten Speedy yang seolah-olah dilihat mengenakan kopiah dan berjanggut tebal.

“Tidak adakah gambar Kapten Speedy ini yang memakai topi, atau Timah ini tidak bolehkah kita panggil jenama lain,” tegasnya.

Syarikat pengeluar arak berkenaan sebelum ini dipetik sebagai berkata, nama jenama itu merujuk kepada logam timah, bersempena industri perlombongan bijih timah ketika Tanah Melayu ditadbir British.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor mencadangkan supaya label atau nama Timah pada botol arak berkenaan ditukar, kerana imej Kapten Speedy pada label arak berkenaan menyerupai imej seorang lelaki Islam memakai kopiah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad juga bersetuju dengan gesaan Mufti Pulau Pinang supaya syarikat pengeluar minuman beralkohol tersebut menukar jenama ‘Timah’ beserta gambar yang digunakan.

Idris berkata, perkara sebegitu bersifat provokasi, selain penggunaan nama yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat dan agama.

"Ia tidak sepatutnya berlaku di negara ini," katanya. - Getaran, 28 Oktober 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka