web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita OKU Pendengaran Kecewa Hak Dinafikan, Harap Restoran Naik Taraf Sistem

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 7:42PM

Siti Aira Sharina berkongsi pengalaman buruk yang dialaminya ketika membuat pesanan di kaunter pandu lalu di sebuah restoran makanan segera. - Gambar dari TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukan semua orang dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna, kerana ada antara kita yang diuji sejak lahir lagi.

Dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) sememangnya bukan alasan untuk mereka dipinggirkan.

Atas dasar itu, seorang wanita OKU pendengaran meluahkan rasa kecewa mengenai layanan diterimanya ketika membuat pesanan di kaunter pandu lalu  sebuah restoran makanan segera di Kelantan, tengah hari semalam.

Video perkongsian Siti Aira Sharina di TikTok mengenai pengalaman buruk itu tular di Twitter selepas dikongsi seorang pengguna.

Ia turut meraih simpati majoriti netizen yang menyuarakan rasa sedih dengan nasib menimpa wanita berusia 33 tahun itu.

Mesra disapa Aira, wanita itu ketika dihubungi Getaran memberitahu, dia ingin membuat pesanan menerusi kaunter pandu lalu di restoran terbabit kerana lebih mudah tetapi keadaan sebaliknya berlaku.

Menurut Aira, dia diarahkan oleh petugas ketika itu untuk membuat pesanan di kaunter dalam restoran walaupun sudah dimaklumkan mengenai keadaan dirinya.

“Semasa masuk drive thru, skrin cakap nak apa, tapi saya tak boleh dengar dan cakap. Jadi saya pun terus ke kaunter pandu lalu (pass screen).

“Bila sampai saya pun tunjuk gambar menu dalam handphone saya. Staf tu cakap maaf, saya perlu masuk kaunter (dalam restoran) sebab tak dapat terima order saya melalui skrin,” katanya.

Jelas Aira lagi, ini bukan kali pertama dia berdepan situasi seperti ini.

“Dulu staf yang saya kenal cakap boleh terus order melalui drive thru (pass screen). Saya tulis apa-apa atau tunjuk menu yang saya nak. Staf baik, faham saya pekak.

“Sekarang lain pula. Dah dua kali insiden sama berlaku, kali pertama pada Jun lalu. Saya kecewa kerana hak saya diingkari. Saya terus keluar dari drive thru tanpa masuk semula. Bazir masa saja,” katanya.

Aira berkata dia berkongsi insiden menimpanya itu di TikTok kerana mahu pihak pengurusan restoran makanan segera terbabit memperbaiki kelemahan perkhidmatan mereka.

“Saya bukan nak viral atau burukkan imej. Sebenarnya saya kecewa. Saya sebagai OKU pendengaran mahu bersuara agar pihak restoran memperbaiki mutu perkhidmatan mereka.

“Saya juga berharap agar setiap restoran makanan segera menaik taraf sistem drive thru mereka termasuk skrin. Jika boleh kena ada pekerja yang mahir berbahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan orang seperti saya,” katanya.

Selepas video itu tular, Aira yang bekerja sebagai pereka grafik bebas mendedahkan dia sudah dihubungi pihak pengurusan restoran terbabit.

“Mereka hubungi saya semalam minta maaf. Saya harap lepas ini mereka lebih cakna dengan aduan setiap pelanggan demi kebaikan bersama,” katanya.

Sementara itu, perkongsian video yang tular di Twitter itu turut mendapat perhatian pihak pengurusan KFC.

“Hi @dania_elanor, terima kasih kerana berkongsi isu ini kepada kami. Kami sedang menghubungi Cik Aira untuk memohon maaf. Kami amat mengambil berat isu ini dan telah segera mengambil tindakan susulan sewajarnya.

“Kami akan terus lebih peka dan memperbaiki servis kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik di masa akan datang. Sekali lagi kami ingin memohon maaf bagi pihak kru restoran kami,” katanya. - Getaran, 28 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka