web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Deepavali: Hanya Individu Lengkap Vaksin Dibenar Sembahyang Di Rumah Ibadat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 8:09PM

Hanya individu lengkap vaksin sahaja dibenarkan menyertai aktiviti keagamaan dan sembahyang di rumah ibadat sempena Deepavali, 4 November ini. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang lengkap divaksin COVID-19 sahaja dibenarkan menyertai aktiviti keagamaan dan sembahyang di rumah ibadat sempena perayaan Deepavali pada 4 November.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam kenyataan hari ini menyatakan, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan adalah berbeza mengikut fasa-fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut kenyataan itu, bagi rumah ibadat yang berada dalam Fasa Tiga PPN, had kehadiran tertakluk kepada saiz ruang sembahyang rumah ibadat dengan mengambil kira penjarakan fizikal tidak kurang daripada satu meter.

"Tempoh waktu keagamaan dan sembahyang dibenarkan antara pukul 6 pagi dan 2 petang serta antara pukul 4 petang dan 10 malam. Pemberian makanan pula hanya dibenarkan secara berbungkus dan makan di rumah ibadat tidak dibenarkan.

"Bagi rumah ibadat yang berada dalam Fasa Empat PPN, saiz ruang sembahyang juga mengambil kira penjarakan fizikal tidak kurang daripada satu meter, aktiviti keagamaan dan sembahyang dibenarkan mengikut tempoh waktu ditetapkan rumah ibadat dan pemberian makanan hanya secara berbungkus,” menurut kenyataan tersebut.

Negeri di Fasa Tiga PPN ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Selangor, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka berada di Fasa Empat PPN.

Kenyataan itu turut menyatakan, aktiviti perarakan adalah tidak dibenarkan dan bazar jualan Deepavali dibenarkan tertakluk kepada kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Selain itu, aktiviti berkunjung ke rumah keluarga dan aktiviti ziarah kubur dibenarkan hanya untuk penerima vaksin lengkap sahaja,” menurut kenyataan itu lagi.

Dalam kenyataan itu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique menyeru masyarakat India di negara ini supaya menyambut Deepavali dengan mematuhi SOP yang ditetapkan, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan diri dan memastikan penjarakan fizikal dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka