web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Evakuasi Rakyat Malaysia Di Sudan Jika Situasi Meruncing - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 4:00PM

Sudan sedang bergolak dengan tunjuk perasaan diadakan di Khartoum bagi membantah rampasan kuasa oleh tentera pada 25 Oktober lalu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Proses membawa pulang 50 rakyat Malaysia di Sudan hanya akan dilakukan sekiranya pergolakan di negara terbabit semakin meruncing.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini 50 rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat dan berlindung di kediaman Kedutaan Besar Malaysia di negara terbabit. 

Situasi bergolak yang bermula sejak rampasan kuasa diketuai Jeneral Abdel Fateh Al-Burhan pada 25 Oktober lalu itu setakat ini tidak memerlukan kerajaan Malaysia memulakan proses evakuasi dan membawa mereka kembali ke tanah air.

"Setakat ini, semua rakyat kita selamat dan mereka kini ditempatkan di kediaman rasmi duta kita di sana.

"Dari segi bekalan makanan pula, kita dimaklumkan mereka mempunyai bekalan mencukupi untuk tempoh dua minggu dan saya fikir tidak ada masalah berkaitan makan minum mereka di sana," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Deepavali 2021 Parlimen Indera Mahkota di pejabat Persatuan Malaysia Hindu Sangam Kuantan, dekat sini.

Saifuddin berkata, kementerian telah memanggil Duta Sudan di Malaysia sebanyak dua kali untuk meminta bantuan mereka menguruskan hal ini, dan mereka juga memberi jaminan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya.

"Cuma kita kena faham dengan situasi di sana (Sudan) yang masih tidak stabil," katanya.

Tentera Sudan diketuai Abdel Fateh melancarkan rampasan kuasa awal pagi Isnin lalu, selepas gagal berbuat demikian pada 21 September dan berjaya menahan Perdana Menteri, Abdallah Hamdok.

Rampasan kuasa tentera itu juga menyaksikan Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum dan pelabuhan negara terbabit ditutup hingga menyukarkan proses penyaluran bantuan oleh masyarakat antarabangsa ke negara Timur Afrika itu.

Mengulas lanjut mengenai cadangan membawa pulang rakyat Malaysia dari Sudan, Saifuddin berkata semua urusan itu akan dikendalikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menggunakan saluran bersesuaian. 

"Kami masih menunggu perkembangan terkini dari sana (Sudan) dan kebiasaannya kita tidak maklumkan kepada umum mengenai cara digunakan untuk membawa mereka balik," katanya. 

Dalam perkembangan berasingan, Saifuddin memaklumkan, Kabinet sudah mengarahkan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menyembah maklum isu kerakyatan anak dilahirkan ibu warganegara kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddn Al-Mustafa Billah Shah. 

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana isu kerakyatan membabitkan Perlembagaan Persekutuan dan perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. 

"Kami sudah membincangkan isu ini dengan panjang lebar, tapi kami juga sedar isu ini adalah di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja. 

"Jadi, Peguam Negara perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong dan kita serahkan kepada kebijaksanaan beliau (Idrus)," katanya 

Pada 9 September lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bayi dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing secara automatik berhak mendapat kerakyatan negara ini.

Bagaimanapun pada 13 September lepas, kerajaan memutuskan untuk mengemukakan rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu. - Getaran, 30 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka