web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pusat Hiburan Keluarga Sarawak Mula Beroperasi Isnin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Oct 2021 8:26PM

Gambar hiasan dari Unsplash

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pusat Hiburan Keluarga atau Karaoke Berbilik di Pusat Membeli-Belah negeri ini dibenarkan beroperasi mulai Isnin.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kebenaran pengoperasian semula pusat hiburan itu dibuat mengikut garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

 “SOP Karaoke Berbilik atau Keluarga boleh didapati di laman web http://sarawakdisastermc.com.," katanya hari ini.

Sementara itu, terdapat 646 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di Sarawak, menjadikan keseluruhan jumlah kes positif kini sebanyak 240,430 setakat hari ini.

"Daripada jumlah itu, 634 kes adalah kategori satu (tiada gejala) dan dua (gejala ringan).

"12 kes adalah kategori tiga hingga lima melibatkan jangkitan paru-paru, memerlukan oksigen dan ventilator," ujarnya.

Kuching merekodkan jangkitan harian tertinggi iaitu 166 kes diikuti Miri (115).

“Daerah lain merekodkan kes harian di bawah 100 kecuali lima daerah iaitu Daro, Lundu, Telang Usan, Lubok Antu dan Tatau yang tidak merekodkan jangkitan baharu,” katanya.

Sementara itu, Sarawak mencatatkan 10 kematian akibat COVID-19 antara 25 Oktober hingga semalam. - Getaran, 30 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka