web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bot Karam, 9 Selamat, 1 Masih Hilang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 8:56PM

Operasi mengesan seorang mangsa bot karam dijalankan di kawasan berdekatan Jeram Giam, Song, hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SONG - Sembilan selamat manakala seorang lagi dikhuatiri hilang dalam insiden bot karam berdekatan dengan jeram Giam, di sini hari ini.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 2.54 petang.

"Menurut seorang saksi, kejadian dilaporkan berlaku jam 10 pagi.

"Jumlah mangsa yang terlibat seramai 10 orang, dengan sembilan daripadanya terselamat manakala seorang lagi lelaki warga emas hilang dibawa arus," katanya hari ini.

Getaran difahamkan, perahu berkenaan dari rumah Inggang, Tapang menuju ke arah Pekan Song. 

Katanya, setakat ini maklumat mangsa yang hilang masih belum dikenal pasti.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song menggunakan sebuah bot bersama tiga anggota dan turut dibantu pihak polis," ujarnya.

Katanya, operasi pencarian dilakukan di kawasan hilir dari lokasi bot karam,  menggunakan bot penyelamat Bomba, namun tiada tanda mangsa ditemui.

"Hasil perbincangan bersama agensi lain, operasi ditangguhkan pada jam 6 petang ini akibat air sungai surut dan akan disambung esok. - Getaran, 30 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka