web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN Melaka: Polis Sahkan PKR Dikompaun RM10,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 5:17PM

Shamsul Iskandar Md Akin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Polis hari ini mengesahkan telah mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mengingkari larangan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan mengadakan ceramah bergerak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, ACP Azlan Abu berkata kompaun itu dikeluarkan selaras dengan peruntukan 16 P.U (A) 293 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

"Polis telah meminta penganjur untuk memberhentikan program tersebut kerana prosedur operasi standard Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara melarang apa-apa program berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan apa-apa yang boleh menyebabkan kehadiran orang ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dilakukan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, yang mengesahkan perkara itu dalam sidang media hari ini, meminta KKM dan Kementerian Dalam Negeri memperinci kaedah kempen yang boleh dilakukan sepanjang PRN Melaka.

Sebelum ini, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Barisan Nasional (BN) turut dikompaun kerana melanggar larangan itu.

Pada 24 Okt lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dipetik sebagai berkata sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya tidak dibenarkan berkuat kuasa 25 Okt hingga 27 Nov ini bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan dan peningkatan kes mendadak COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka