web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bina Laluan Khas Basikal Di Tawau, Kalabakan - Rina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 6:46PM

Program Folding Bike 'Fun Ride' My Kukusan Sejahtera telah dilancarkan oleh Rina Jainal di kawasan DUN Kukusan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Kerajaan negeri diminta mempertimbangkan pembinaan laluan khas berbasikal di sini termasuk di daerah Kalabakan bagi meningkatkan jaminan keselamatan orang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal berkata, ia berikutan sukan itu semakin menjadi pilihan ramai sebagai riadah hujung minggu dan cuti umum.

"Ia satu aktiviti sangat baik kerana bukan sahaja mempraktikkan gaya hidup sihat, tetapi dapat membantu menjaga alam sekitar dengan kurangnya pelepasan asap kenderaan.

"Bagaimanapun, bilangan aktiviti ini juga menyebabkan risiko kemalangan seperti mana yang berlaku di sini dan juga tempat lain seluruh negara, sehingga mampu meragut nyawa," katanya kepada media selepas merasmikan Folding Bike 'Fun Ride' My Kukusan Sejahtera, di sini, hari ini.

Menurut Rina, laluan khas berkenaan bukan sahaja meningkatkan keselamatan penunggang basikal, sebaliknya turut melindungi pengguna jalan raya yang lain. 

“Menerusi program ini, Pejabat DUN Kukusan mengambil inisiatif mengumpul tandatangan orang ramai yang menyokong dan mahukan pembinaan laluan itu khususnya di mukim Kukusan.
 
“Semua tandatangan yang berjaya dikumpul akan diserahkan kepada pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan saya sendiri akan mengusulkan kepada Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hajiji Noor) untuk perhatian mereka,” katanya.
 
Terdahulu, hampir 150 orang peserta menyertai program kayuhan sejauh 18 kilometer ini, terdiri daripada ahli kelab Tawau Foldies Society, kakitangan kerajaan dan orang awam. 
 
Rina berkata, program itu juga adalah usaha ke arah gaya hidup endemik COVID-19 di Malaysia dan Fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Sabah. 

“Turut diselitkan, kempen keselamatan kepada penunggang basikal khususnya membabitkan basikal lipat yang kini semakin menjadi kegilaan masyarakat di sini.

“Menerusi perkongsian tips, peringatan dan ilmu, saya berharap program ini dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan penunggang basikal untuk mengutamakan keselamatan kendiri," katanya.

Gaya hidup sihat itu katanya, boleh bertukar menjadi bencana sekiranya tidak dilakukan dengan cara yang betul.

"Ia termasuk fungsi dan pemilihan lokasi," katanya. - Getaran, 31 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka