web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rogol Dan Bunuh Remaja, Abang Ipar Ditahan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 8:13PM

Shafien Mamat - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan susulan kematian seorang remaja perempuan yang disyaki turut dirogol, sebelum dibunuh dalam kejadian di Bunut Susu, Pasir Mas, kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ia susulan hasil laporan bedah siasat yang mendapati mangsa berusia 17 tahun itu meninggal dunia akibat lemas udara (asphyxia).

Menurut beliau, polis Kontinjen Kelantan pada jam 6.30 petang kelmarin menerima maklumat berhubung  kematian seorang remaja perempuan.

"Keputusan bedah siasat daripada Pakar Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang diterima pada jam 8.45 pagi semalam, mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan ‘Asphyxia’ (lemas udara). 

"Pengesahan awal doktor ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan luka pada bahagian muka, tengkuk dan kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa," katanya di sini hari ini.

Shafien berkata, sepasukan polis daripada bahagian risikan dan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dengan kerjasama Pasukan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki pada jam 4 petang semalam, susulan laporan bedah siasat itu.

"Suspek adalah abang ipar mangsa yang bekerja sebagai pemotong kelapa sawit di Pos Keselamatan Sekolah Kebangsaan Bakong, Pasir Mas.

"Pemeriksaan fizikal ke atas tubuh badan suspek mendapati, terdapat kesan calar pada bahu kiri bahagian belakang disyaki berpunca daripada cakaran kuku," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6 November depan untuk siasatan lanjut. - Getaran, 31 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka