web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Cedera Ditikam Bekas Pesakit Mental

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 11:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas ditikam warga emas berusia 80 tahun yang mempunyai sejarah menerima rawatan psikiatri di taman permainan Rumah Pangsa, Jalan Loke Yew, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.39 petang ketika kanak-kanak tersebut berada di taman permainan di kawasan perumahannya.

Beliau berkata, sebaik kejadian, suspek yang juga jiran mangsa melarikan diri sebelum bersembunyi di sebuah unit di rumah pangsa terbabit.

“Ketika pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi tiba ke lokasi, kami mendapati mangsa telah dibawa oleh keluarganya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan.

“Hasil pemeriksaan telah membawa kepada penahanan suspek, justeru, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya,” katanya kepada media.

Noor Dellhan berkata, motif kejadian masih lagi dalam siasatan namun pihaknya mendapati suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan seterusnya kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sebaik semuanya dilengkapkan,” katanya.

Getaran, difahamkan kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan stabil namun masih mendapatkan rawatan. - Getaran, 1 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka