web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPR Pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2021 Bermula Esok

Semasa ยท Diterbitkan pada 01 Nov 2021 11:36AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan urusan pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku tahun ketiga 2021 (ST3/2021) selama 14 hari bermula esok hingga 15 November di 854 tempat pameran RDPT di seluruh negara.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata RDPT ST3/2021 itu mengandungi 68,228 permohonan pendaftaran pemilih baharu daripada warganegara yang layak dan 15,143 permohonan pertukaran bahagian pilihan raya daripada pemilih berdaftar yang telah memohon dalam tempoh antara 1 Julai 2021 hingga 30 Sept 2021.

Semakan RDPT ST3/2021 boleh dibuat melalui beberapa kaedah iaitu hadir ke 854 tempat pameran RDPT ST3/2021 di seluruh negara dan mengimbas kod QR bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan.

Semakan juga boleh dibuat di portal rasmi pejabat Pilihan Raya Negeri, hadir ke pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan dan menyemak buku RDPT ST3/2021 yang disediakan, portal rasmi SPR di https://pengundi.spr.gov.my/ atau melalui aplikasi MySPR Semak.

“Semua pemohon dinasihatkan supaya menyemak nama mereka dalam RDPT ST3/2021. Sekiranya pemohon mendapati namanya tidak disenaraikan dalam RDPT ST3/2021, mereka boleh membuat tuntutan melalui Borang B,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata bagi pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam RDPT ST3/2021 dalam satu-satu bahagian pilihan raya, boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C.

Borang B dan Borang C boleh dimuat turun dari portal pejabat Pilihan Raya Negeri dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pemilih (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh pameran RDPT itu diadakan.

“Semasa tempoh Pameran RDPT ST3/2021, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih kerana telah meninggal dunia atau hilang taraf kewarganegaraan atau apa-apa sebab berdasarkan kepada Peraturan 10 dan 25(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002," kata Ikmalrudin.

Sebarang pertanyaan mengenai pameran RDPT ST3/2021 boleh menghubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018 atau mana-mana pejabat Pilihan Raya Negeri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Politik 5 bulan yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

3

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka