web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Dicadang Benar Pengeluaran KWSP ‘Kali Akhir Pandemik’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 12:13PM

Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kali terakhir dalam tempoh pandemik kepada penyimpan yang masih mempunyai baki melebihi RM10,000.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kebenaran itu membolehkan rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19, terutama dalam kalangan berpendapatan sederhana (M40) ke atas memulakan kehidupan baharu pasca pandamik dengan pelbagai komitmen kewangan tertunggak.

Jelasnya, Pemuda UMNO mencadangkan supaya permintaan lebih 56 peratus rakyat yang masih mempunyai simpanan melebihi RM10,000, terutama M40 dipenuhi untuk memulakan kehidupan baharu pasca pandemik.

“Ini boleh menjadi kebenaran pengeluaran KWSP kali terakhir (ketika pandemik) memandangkan ekonomi sudah dibuka dan pandemik makin beransur pulih untuk memasuki fasa endemik,” katanya hari ini.

KWSP menerusi kenyataan semalam mendedahkan, walaupun langkah kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan kewangan itu memberikan sedikit kelegaan kepada pencarum bagi mengatasi beban kehidupan akibat COVID-19, usaha terbabit menyebabkan seramai 6.1 juta ahli mempunyai pelaburan kurang daripada RM10,000 dalam akaun masing-masing.

Justeru, KWSP kini memberi fokus dalam membantu ahli membina semula simpanan bagi mengelakkan mereka menjadi lebih rentan dan tidak memiliki sebarang perlindungan kewangan demi masa depan persaraan kewangan.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, kerajaan melalui KWSP boleh mencadangkan pendekatan terbaik untuk menampung kembali pengeluaran besar simpanan hari tua rakyat dengan pelbagai inisiatif pelaburan dan penambahan komitmen caruman, tatkala ekonomi kembali pulih kelak.

“InsyaAllah Pemuda UMNO tidak pernah berhenti daripada menjadi penyambung lidah rakyat dan akan terus memperjuangkan isu rakyat, terutama membabitkan  golongan susah, resah serta terdesak untuk memenuhi keperluan dan meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Pemangku Presiden Dewan Perdagangan & Industri ASEAN (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, cadangan pengeluaran wang bagi akaun 1 pencarum KWSP boleh dilaksanakan secara berperingkat.

Pengeluaran itu, katanya, boleh dilakukan dalam tempoh beberapa bulan menerusi bayaran secara ‘sekali bayar’.

Beliau berkata, kerajaan perlu membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan atau caruman KWSP mereka, namun berdasarkan kriteria tertentu.

“Cadangan pengeluaran wang caruman KWSP sebanyak RM10,000 amat munasabah dan berguna bagi peniaga serta orang awam yang berdepan krisis kewangan akibat pandemik ini.

“Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan ini dengan hanya membenarkannya kepada mereka yang betul-betul terjejas, seperti hilang pekerjaan, pendapatan dipotong dan pendapatan di bawah RM4,000,” katanya. - Getaran, 1 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka