web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemilik Pusat Hiburan, Pengunjung Dikompaun Langgar SOP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 6:19PM

Polis membuat operasi besar-besaran ke atas semua pusat hiburan yang melanggar SOP PPN Fasa Tiga di bandar raya ini bermula kelmarin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM66, 000 ke atas pemilik dan 28 pengunjung sebuah pusat hiburan di KK Waterfront, semalam.

Pengunjung yang terdiri daripada 12 wanita dan 16 lelaki itu dikenakan tindakan kompaun ketika Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Tiga oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaidi Abdullah berkata, operasi berkenaan dilaksanakan bagi mengambil tindakan ke atas pengusaha dan individu yang melanggar SOP PPN Fasa tiga.

“Ketika operasi, kita telah mengeluarkan kompaun ke atas 28 individu bernilai RM2,000 setiap seorang kerana gagal mematuhi SOP penjarakan fizikal.

“Kita turut mengenakan kompaun RM10,000 ke atas pemilik premis berkenaan kerana beroperasi melebihi had masa,” katanya. 

Menurut Mohd Zaidi, polis turut menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai pekerja pusat hiburan berkenaan.

Katanya, polis membuat operasi besar-besaran ke atas semua pusat hiburan yang melanggar SOP PPN Fasa Tiga di bandar raya ini bermula kelmarin.

 Sementara itu, Mohd Zaidi berkata, trend jenayah di enam kawasan ‘hotspot’ menunjukkan penurunan hasil daripada Operasi Bersepadu Cegah Jenayah (OBCJ) yang dilaksanakan di semua lokasi tersebut.

Katanya, operasi yang bertujuan untuk mencegah jenayah itu dilaksanakan di enam kawasan pentadbiran Balai Polis iaitu Balai Polis Luyang, Tanjung Aru, Inanam, Alam Mesra, Menggatal dan Kota Kinabalu.

Dalam operasi yang memasuki siri keenam malam tadi, polis menahan 12 individu, dengan sembilan daripadanya terbabit kesalahan dadah manakala tiga lagi jenayah lain. - Getaran, 1 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

2

Semasa 5 bulan yang lalu

2 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan Di Kota Kinabalu Sabtu Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka