web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jemaah Umrah Perlu Bersabar, Ikut Giliran Terima Dos Penggalak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 8:27PM

Dr Noor Azmi (kanan) bersama Wan Rosdy (dua dari kanan) memberikan suntikan penggalak kepada petugas kesihatan ketika Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Kampung Tekal, dekat Temerloh, di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEMERLOH - Semua jemaah umrah yang sudah mendapat tarikh penerbangan ke Tanah Suci perlu menunggu giliran bagi menerima dos penggalak vaksin COVID-19.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, keutamaan pemberian dos berkenaan setakat ini hanya untuk petugas barisan hadapan, warga emas dan mereka yang mengalami masalah kesihatan atau komorbid.

“Dos penggalak ini, sekarang kita buka untuk ‘front liners’ (petugas) barisan hadapan, mereka yang ada komorbid, mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang ada masalah dan yang berdepan ‘directly’ dengan orang ramai.

“Sekarang sudah dibenarkan dos campuran, Pfizer, Pfizer dan Sinovac atau Sinovac dan Pfizer. Macam di Arab Saudi, mereka masih mengekalkan hanya (mengiktiraf) vaksin Pfizer, Astra Zeneca, Johnson & Johnson dan Moderna diberikan kelulusan,” katanya.

Menurut beliau, Arab Saudi buat masa ini masih tidak menerima vaksin jenis Sinovac.

“Jadi pada ketika ini itulah syarat dan untuk Pfizer ini kita bagi selepas enam bulan dan Sinovac pula selepas tiga bulan untuk mereka yang nak pergi menunaikan umrah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Kampung Tekal, dekat sini, hari ini.

Majlis perasmian dilakukan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Kerajaan Arab Saudi pada Julai lalu mengumumkan hanya memberi kebenaran kepada penerima empat jenis vaksin untuk memasuki Tanah Suci bagi menunaikan ibadat haji dan umrah.

Bagaimanapun, Ogos lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan penerima vaksin jenis Sinovac dan Sinopharm juga dibenarkan memasuki negara itu dengan syarat mendapatkan dos penggalak jenis Pfizer, Astra Zeneca, Moderna dan Johnson & Johnson.

Sementara itu mengulas mengenai klinik kesihatan yang baharu di Kampung Tekal, Dr Noor Azmi berkata, kementerian akan melihat semula keperluan perjawatan dan peningkatan kemudahan bagi memastikan ia dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk setempat.

“Walaupun klinik ini dalam kategori 7, kita akan melihat semula keperluan untuk klinik ini memiliki kemudahan makmal sendiri dan begitu juga dengan ambulans serta pemandu.

“Kita (Kementerian Kesihatan) menerima peruntukan kedua tertinggi dalam Bajet 2022 dibentangkan Jumaat lalu, jadi saya fikir tidak ada masalah untuk mempertimbangkan permohonan kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan itu, yang penting kita ingin memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua rakyat,” katanya. - Getaran, 1 November 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka