web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Tipu Tawaran Kerja Lumpuh, 168 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Nov 2021 11:34AM

Mohd Kamarudin Md Din - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis melumpuhkan sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian apabila menahan 168 individu dalam 19 operasi sepanjang tahun ini.

Sindiket yang aktif ‘merekrut’ mangsa dari negara jiran itu menawarkan pulangan lumayan sehingga RM300 sehari sebagai ‘umpan’ untuk menarik minat golongan disasarkan bagi menyertai mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan laman sosial seperti WhatsApp, Instagram dan Facebook untuk menghubungi mangsa disasarkan.

Katanya, mereka akan menawarkan kerja sebagai ejen syarikat untuk membeli barangan di platform e-dagang bagi meningkatkan rating dan penjualan syarikat.

“Mangsa akan diberi beberapa tugasan yang perlu diselesaikan dalam tempoh tertentu, dengan menghantar gambar produk dipilih kepada suspek sebelum diarahkan membuat pembayaran ke akaun sindiket.

“Bagi meyakinkan mangsa bahawa ia adalah pekerjaan sah, setiap pembelian akan dijanjikan pulangan semula harga barangan terbabit dengan komisen tambahan sebanyak lima hingga lapan peratus,” katanya kepada pemberita.

Dalam operasi di ibu negara, Johor, Pahang, Sabah dan Negeri Sembilan itu, seramai 118 lelaki serta 38 wanita tempatan ditahan bersama 11 warga China.

Ia termasuk empat wanita dan seorang wanita warga Thailand.

Mengulas lanjut Mohd Kamarudin berkata, mangsa ditugaskan untuk membuat pembelian barangan daripada harga termurah sehingga paling mahal.

“Tugasan itu juga perlu diselesaikan mengikut masa ditetapkan, namun jika gagal mereka akan dikenakan penalti serta wang ganjaran juga tidak dipulangkan.

“Apabila mangsa tidak mahu meneruskan tugasan dan menuntut kembali bayaran wang, suspek akan memberi alasan lain seperti ada masalah dalam pemindahan wang dan memerlukan mereka membuat bayaran sebelum mangsa menyedari sudah ditipu,” katanya. 

Menurut beliau, polis menerima 255 laporan membabitkan kerugian berjumlah RM4.6 juta dari awal 2021 hingga Ogos lalu berkaitan kes sama.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 selain tindakan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. - Getaran, 2 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka