web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Reput Pesara Kerajaan Ditemui

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Nov 2021 8:32PM

Mohamad Fakhrudin Abd Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mayat seorang pesara kerajaan berusia 63 tahun ditemui dalam keadaan reput di sebuah apartmen di Damansara Damai, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, mayat lelaki terbabit dijumpai penduduk di kawasan perumahan berkenaan, sebelum penemuan tersebut dilaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, (ACP) Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, siasatan mendapati lelaki itu tinggal bersendirian dan masih bujang.

“Pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya hadir ke lokasi kejadian dan menjangkakan mangsa telah meninggal dunia dalam satu tempoh yang agak lama.

"Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” katanya hari ini.

Beliau memaklumkan bahawa setakat ini tiada unsur-unsur jenayah dikesan berhubung penemuan mayat terbabit.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya. - Getaran, 2 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka