web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


NTT Japan Sahkan Malaysia Terlibat Projek Kabel Ekspres Intra-Asia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 7:25AM

Wee Ka Siong - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  NTT Ltd mengesahkan Malaysia akan menjadi sebahagian daripada konfigurasi rangkaian yang baru dirancang membabitkan projek kabel ekspres Intra-Asia, yang akan menyaksikan Malaysia mengambil bahagian dalam kabel bawah laut yang menghubungkan Jepun dan Filipina, kata Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong.   

Menteri itu berkata demikian semasa perbahasan televisyen secara langsung mengenai dasar kabotaj negara dengan pemimpin DAP Lim Guan Eng pada lewat malam Selasa, yang mana Wee mendedahkan bahawa beliau telah bercakap dengan Naib Presiden NTT Ltd dari Jepun, Yoshio Sato.

NTT Ltd adalah syarikat Jepun yang terlibat dalam projek Kabel Apricot dan projek MIST (Malaysia, India, Singapura, Thailand), yang merupakan sistem kabel bawah laut 8,000 kilometer yang dijangka siap menjelang suku keempat 2022.

"Syarikat ini mempunyai rancangan terbaharu, yang mana, untuk membawa satu kabel yang dinamakan Projek Kabel Ekspes Intra-Asia ke Malaysia melalui Sabah dan Sarawak. Apakah ini tidak menguntungkan Malaysia? Agenda MyDigital yang kita idam-idamkan... sebab itu kementerian rasa terpanggil untuk membawa pelaburan masuk.

Wee akan membawa Sato untuk bertemu dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk mendapatkan sokongan.

"Kita akan membuat keputusan yang pantas supaya kita dapat memberikan sokongan kepada NTT, jadi tidak timbul dakwaan bahawa Kementerian Pengangkutan menyekat pelaburan asing," katanya.

Beliau menjelaskan syarikat-syarikat Malaysia mempunyai kemampuan teknikal bagi melaksanakan projek sedemikian,

Pada 30 September, berlaku perdebatan hangat antara mereka di Parlimen selepas Lim bertanya Wee sama ada penyusunan semula dasar cabotaj untuk kerja pembaikan kabel dasar laut telah menyebabkan gergasi teknologi melangkau Malaysia dalam rancangan untuk memasang kabel bawah laut bagi meningkatkan kesalinghubungan Internet.

Dasar kabotaj telah dilaksanakan pada 1980, dasar untuk kerja-kerja pembaikan kabel itu telah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada April 2019, yang mengecualikan kapal-kapal yang terlibat dengan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kabel bawah laut daripada perlu memohon lesen perkapalan domestik.

Ia kemudian diperkenalkan semula oleh Wee pada 16 November 2020. 

Pada masa ini, dasar kabotaj negara tidak meletakkan larangan ke atas kapal-kapal asing daripada membaiki kabel bawah laut di perairan Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka