web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Perangi Pusat Hiburan Operasi Tanpa Kebenaran, Bendung COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 11:22AM

Polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM290,000 terhadap pengunjung dan pemilik premis hiburan di ibu kota dalam operasi malam tadi. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur terus ‘mengisytiharkan’ perang terhadap premis hiburan yang beroperasi tanpa kebenaran walaupun aktiviti terbabit masih belum dibenarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Dalam dua serbuan berasingan di ibu negara malam tadi, polis mengeluarkan kompaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM290,000 terhadap pengunjung dan pemilik premis hiburan terbabit.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, sebanyak 30 kompaun bernilai RM150,000 dikeluarkan terhadap pengunjung di premis pertama.

Menurut beliau, sebanyak 18 kompaun bernilai RM90,000 pula dikeluarkan di premis kedua.

“Kedua-dua pemilik pusat hiburan terbabit juga dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 setiap seorang.

“Kompaun tersebut dikeluarkan mengikut pelanggaran Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawlan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 (Melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam),” katanya kepada pemberita, hari ini.

Azman berkata, seramai 23 pengunjung di premis pertama menjalani ujian saringan air kencing namun semua keputusan mereka adalah negatif.

“Operasi ini akan dipertingkatkan lagi dari semalam ke semalam bagi menghentikan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan warga Kuala Lumpur secara khusus,” katanya. – Getaran, 3 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka