web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lokasi Sebenar Sajat, Bukit Aman Tunggu Pengesahan Rasmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Nov 2021 8:36PM

Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Australia dan Thailand berhubung keberadaan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang mendakwa sudah berhijrah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya turut menunggu pengesahan daripada Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand berhubung dakwaan bahawa dia kini sudah berada di Australia.

"Secara rasmi kita sudah hantar pemakluman kepada kedutaan kita di Thailand dan Australia, untuk membuat pengesahan sama ada dia sudah keluar dari Thailand dan dia sudah sampai ke Australia, (tapi) masih belum mendapat kata putus lagi

"Dia sendiri (Sajat), beberapa kali mengakui di media sosial bahawa dia kini berada di Australia, tetapi kita masih menunggu pengesahan rasmi," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Abd Jalil berkata, sebaik ada pengesahan rasmi mengenai perkara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan cuba mendapatkan bantuan daripada pihak Australia dan menyalurkan maklumat Sajat kepada mereka.

"Kita akan cuba (ambil tindakan lanjut) mengikut lunas undang-undang dan peraturan di negara itu.

"Tetapi ini terpulang kepada hak kedaulatan negara tersebut," katanya.

Pada 8 September lalu, Sajat ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen Thailand, selepas menerima maklumat daripada PDRM berhubung keberadaan usahawan berkenaan yang diburu pihak berkuasa Malaysia.

Sajat dikatakan lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Ketika ditahan, dia mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok, dan memaklumkan akan berhijrah ke Australia.

Sajat didakwa di mahkamah atas kesalahan memasuki Thailand secara tidak sah pada 9 September, namun usahawan kosmetik itu dibebaskan dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Dalam perkongsian yang dibuat secara langsung di media sosialnya baru-baru ini, dia memaklumkan sudah berhijrah ke Australia dan akan memulakan perniagan di negara itu. - Getaran, 3 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka