web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kereta Terbakar Dalam Nahas, Pemuda Terselamat Daripada Maut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Nov 2021 8:47PM

Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki telah terbabas dan terbakar dalam kemalangan di Jalan Kem Lok Kawi, Putatan, pagi tadi. Lelaki berkenaan bagaimanapun terselamat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG - Seorang lelaki terselamat daripada maut selepas berjaya keluar dari keretanya yang terbabas dan terbakar dalam kemalangan di Jalan Kem Lok Kawi, Putatan, pagi tadi.

Mangsa yang berusia 30 tahun itu dikatakan sedang dalam perjalanan ke Lok Kawi dari arah Putatan, ketika Perodua Aruz dipandunya terlibat dalam nahas kira-kira jam 5.50 pagi.

Dalam kejadian itu, kereta berkenaan dikatakan hilang kawalan dan terbabas, sebelum terjunam ke dalam longkang pembahagi jalan. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut diterima pada jam 5.57 pagi.

Sepasukan anggota penyelamat kemudian dikerah ke lokasi bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Sejurus tiba, pasukan mendapati kenderaan tersebut sedang terbakar dan segera memadam api yang sedang marak.

"Api berjaya dikawal pada jam 6.26 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 6.41 pagi selepas pasukan mendapati tiada bahaya lain," katanya.

Tambahnya, tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian berkenaan. - Getaran, 3 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka