web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Obesiti Melampau, Lelaki 220 Kg Minta Bantuan Bomba Bawa Ke Hospital

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 9:48PM

Bomba terpaksa membantu mengangkat seorang lelaki seberat 220 kilogram untuk dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, petang tadi.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seorang lelaki yang mengalami masalah obesiti melampau terpaksa menggunakan khidmat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang untuk mengangkatnya, bagi menerima rawatan di hospital.

Komander Operasi BBP Batu Lintang, Penguasa Bomba Kanan ll, Law Kim Hin berkata, lelaki berusia 42 tahun dari Jalan Bukit, di sini, terpaksa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat masalah kesihatan yang dialami.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada 4 petang dan menggerakkan tujuh anggota ke lokasi kejadian.

"Kita membantu mengangkat pesakit bersama tilam yang digunakannya dengan menggunakan lori untuk dibawa HUS," katanya hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu selamat dihantar menggunakan lori Hicom ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

"Sebelum itu pihak Bomba baru sahaja balik dari kediaman pesakit tersebut, yang pada mulanya sekadar meminta bantuan untuk beralih kedudukan kerana sukar bergerak," ujarnya.

Katanya, posisi lelaki itu yang pada mulanya berbaring di atas lantai diubah kepada duduk bersandar kerana dia berasa kurang selesa.

"Operasi membantu pesakit telah ditamatkan pada jam 4.50 petang," katanya. - Getaran, 3 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka