web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Persiapan Deepavali Meriah, Tawaran Diskaun Waktu Malam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Nov 2021 10:58PM

Penganut Hindu dilihat membuat persiapan saat akhir dengan membeli pelbagai aksesori dan hiasan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemeriahan sambutan Deepavali pada tahun ini lebih dirasai selepas dua tahun perayaan itu disambut secara sederhana susulan pandemik COVID-19.

Kurang dari 24 jam detik perayaan itu diraikan, masyarakat India di seluruh negara sedang giat membuat persiapan di saat akhir meskipun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Di ibu kota, tinjauan Bernama di kawasan Little India, Jalan Tun Sambanthan, Brickfield di sini, mendapati kawasan itu sesak dengan pelbagai lapisan pengunjung khususnya penganut Hindu.

Seorang peniaga makanan yang hanya mahu dikenali sebagai Ros, 27, berkongsi keterujaannya kerana lokasi tempatnya berniaga meriah dan didatangi orang ramai sejak pagi tadi.

Menurut Ros, kawasan tersebut dijangka akan lebih meriah selepas jam 7 malam susulan diskaun sehingga 70 peratus akan ditawarkan kepada pembeli.

Penjual pakaian, M. Amutha, 28, pula berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi sedikit kelonggaran untuk mereka meraikan perayaan tersebut.

“Tahun lepas COVID-19, kami tidak buat apa-apa persiapan, hanya bersederhana, namun tahun ini sedikit meriah kerana dapat meraikannya dengan keluarga di kampung,” katanya yang akan pulang ke kampung pada esok pagi.

Di PERAK, tumpuan terarah di Little India, Ipoh, dengan khemah jualan diserbu pengunjung tempatan dan luar untuk membeli pakaian, makanan, barang perhiasan bagi kelengkapan rumah dan sembahyang menjelang sambutan perayaan itu esok.

Tinjauan mendapati, seawal 10 pagi, orang ramai mula mengunjungi khemah jualan yang menawarkan pelbagai koleksi sari, perkhidmatan mewarnakan inai di jari, membeli kad gantung mengandungi tulisan sambutan Hari Deepavali selain membeli maruku.

Walaupun keadaan sesak, namun ia terkawal dari segi prosedur operasi standard (SOP) dengan pengunjung memakai pelitup muka dan tidak terlalu berhimpit di premis perniagaan sambil memilih keperluan perayaan secara tenang serta teratur.

Di NEGERI SEMBILAN, kawasan ‘Little India’ di Jalan Dato Lee Fong Yee, Seremban sesak dengan pengunjung yang melakukan pembelian di saat akhir menjelang perayaan Deepavali esok.

Pengunjung S. Kulenderan, 33, berkata kemeriahan berkenaan sudah lama tidak dirasai sejak negara dilanda pendemik COVID-19 dan pergerakan orang ramai terpaksa dihadkan bagi mengurangkan penularan wabak itu.

Bagi pekerja di kedai pakaian, S. Kumar, 32, berkata dia gembira kerana kehadiran pelanggan yang semakin meningkat sejak beberapa minggu lepas yang membuat persiapan awal untuk sambutan Pesta Cahaya itu.

Di JOHOR, seorang pekerja swasta, P. Thanaletchumi, 44, berkata dia amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana dapat meraikan perayaan Deepavali pada tahun ini dalam suasana norma baharu.

"Pembukaan kedai dan pasar membantu kami untuk menyambut Deepavali dengan lebih meriah, kami juga dapat menziarah ahli keluarga di dalam dan luar negeri. Saya amat gembira kerana kita dapat kunjung mengunjung bersama keluarga dan rakan-rakan," katanya.

Bagi seorang pelajar, N. Niharuka, 13, berkata sambutan Pesta Cahaya tahun ini bagi dirinya amat bermakna selepas hanya dapat meraikan Deepavali tahun lalu dengan 'berkurung' di rumah. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka