web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buli Berulang, Pelaku Ada Niat Mencederakan - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 8:04AM

Zulfarhan Osman Zulkarnain

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelmarin, keputusan kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain sudah  diketahui umum.

Di akhir perbicaraan kes, Mahkamah Tinggi memutuskan enam tertuduh dipenjara 18 tahun mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana bersalah menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Zulfarhan.

Keputusan itu diubah semalam daripada pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, selepas peguam bela membuktikan kesemua tertuduh tiada niat membunuh.

Bukan sahaja keluarga Zulfarhan, majoriti warganet meluahkan rasa kesal dengan keputusan tersebut sehingga tanda pagar #UPNM menjadi trending di Twitter selama dua hari berturut-turut.

Pakar kriminologi Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nazirah Hassan berpendapat, keluarga mangsa berhak mempertikaikan ketidakadilan hukuman yang dijatuhkan kepada tertuduh.

“Sesetengah pihak terutamanya keluarga mangsa, merasakan keputusan ini tidak adil. Hukuman yang diterima pelaku sememangnya dilihat tidak setimpal jika dibandingkan dengan tindakan kejam mereka.

“Mereka bukan sahaja menyerang mangsa beramai-ramai secara fizikal dengan menggunakan seterika wap, tali pinggang dan getah paip tetapi turut menyebabkan kematian,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut beliau, budaya ‘ragging’ atau buli biasanya berlaku berulang kali sama ada secara fizikal, verbal atau psikologi.

Tindakan secara berulang itu jelasnya, lazim dilakukan dengan niat untuk mengancam dan mencederakan mangsa.

Dr Nazirah Hassan
Dr Nazirah Hassan

“Banyak kajian saintifik membuktikan bahawa buli berlaku dengan niat dan berulang.

“Walaupun episod buli ini berlaku sekali tetapi (jika) sudah menggunakan sebarang alatan sebagai ‘senjata’ seperti seterika wap (merujuk kepada kes Zulfarhan), sememangnya pelaku sudah ada niat untuk mencederakan.

“Jadi jelas di sini buli boleh mengancam nyawa seseorang. Buli bukan sekadar mengejek atau memulaukan, tetapi melibatkan pelbagai elemen kekerasan dan serangan fizikal.

“Pelaku sememangnya mempunyai masalah tingkah laku agresif, gagal mengawal tindak tanduk dan tiada nilai empati dalam diri,” tegasnya.

Prihatin dengan nasib menimpa Zulfarhan, Nazirah berkata, budaya tersebut harus dihentikan daripada terus menjadi amalan di institusi pendidikan berasrama.

“Saya menentang sekeras-kerasnya budaya ‘ragging’ ini. Saya tidak nampak rasional perlakuan tersebut.

“Sebaliknya ia hanya menampakkan perlakuan seperti ‘samseng’ yang tidak bermoral dan hanya ingin mendapatkan perhatian dan ‘status’ untuk kekal dihormati,” katanya.

Mengenai beberapa pendedahan kes buli membabitkan UPNM yang tular di media sosial, beliau berkata pendedahan tersebut boleh meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai perkara ini.

“Saya memang setuju pendedahan demi pendedahan dibuat menerusi media sosial.

“Setiap individu harus bertanggungjawab mendedahkan salah laku atau buli yang berlaku supaya semua pihak sedar dan berusaha untuk melindungi diri.

“Pendedahan ini juga sebagai peringatan kepada pihak tertentu seperti pengurusan universiti agar mereka meningkatkan kawalan dalaman.

“Perlu ada peraturan yang jelas bahawa ‘ragging’ atau buli perlu dihentikan,” katanya.

Nazirah menarik perhatian, pengurusan universiti tidak sepatutnya bertolak ansur kepada pelaku dan tindakan tegas perlu segera diambil.

“Saya menggesa semua pihak jangan takut dan malu untuk membuat aduan.

“Pihak pengurusan perlu meningkatkan kesedaran kepada semua supaya mereka tampil membuat aduan.

“Perkara ini perlu diingatkan secara berkala, sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh satu bulan.

“Pihak pengurusan juga perlu menyediakan ruang aduan yang sistematik dan perlu mengambil tindakan terhadap sebarang aduan,” katanya. - Getaran, 4 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Ibu Kepada Remaja Ditemukan Lemah Di Masjid Buat Laporan Polis

3

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Polis Tahan Dua Pelajar Buli Rakan

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Kes Buli MCKK Sedang Disiasat, Polis Sudah Terima Laporan Pada September - Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka