web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tangani COVID-19 Sebelum PRN - MUDA Sarawak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Nov 2021 6:15PM

Jurucakap MUDA Sarawak berkata keputusan GPS dilihat begitu tergese-gesa dan menimbulkan beberapa persoalan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 di Sarawak perlu ditangani segera, sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksanakan.

Jurucakap Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Sarawak berkata, keputusan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dilihat begitu tergesa-gesa sedikit sebanyak menimbulkan beberapa persoalan.

“Kenapa GPS tergesa-gesa untuk mengadakan PRN semasa pandemik ini masih di tahap membimbangkan. Adakah kerana GPS takut dengan Undi18 yang akan datang? Jika inilah sebabnya, jelas GPS hanya mementingkan politik daripada kesejahteraan  dan keselamatan rakyat,” katanya hari ini.

Menurut beliau, MUDA turut bimbang dengan peningkatan kos untuk segelintir rakyat yang menetap di negeri lain, apabila perlu mengeluarkan belanja besar untuk tiket penerbangan.

“Pastikan tiket penerbangan dijual pada harga yang berpatutan untuk memudahkan rakyat Sarawak mengundi dan sediakan prosedur bersesuaian jika mereka perlu dikuarantin untuk memastikan undi golongan itu tidak tercicir,” tegasnya.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong pada sidang Dewan Rakyat Selasa lalu melaporkan, tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak berharga sehingga enam kali ganda antara 2 November dan 8 November.

Mengulas lanjut, MUDA Sarawak turut mencadangkan beberapa reformasi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 semasa PRN Sarawak.

“Antaranya ialah, Pusat Pembuangan Undi perlulah dibekalkan dengan peralatan yang sesuai dengan keadaan semasa. Seterusnya pelan mediasi perlulah dirangka sekiranya berlaku penularan dari satu tempat ke satu tempat lain.

“Petugas kesihatan perlulah sentiasa ada di kesemua Pusat Pembuangan Undi dan bersedia sekiranya ada kecemasan terutamanya di kawasan pedalaman,” katanya.

MUDA Sarawak juga mencadangkan tempoh pembuangan undi dipanjangkan bagi mengurangkan kesesakan.

“Kesesakan juga boleh dikurangkan dengan mengehadkan kempen pilihan raya kepada bentuk digital dan secara dalam talian,” katanya. - Getaran, 4 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka