web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Meninggal Sesak Nafas Di Buhey Dulang, Pengunjung Dukung Mangsa Turun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 8:09AM

Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - “Sebaik menerima panggilan rakan mengatakan seorang wanita pengsan, saya segera berlari turun dari puncak pulau ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan,” kata seorang pengunjung berhubung kematian seorang wanita ketika mendaki di Pulau Buhey Dulang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.13 pagi itu, mangsa, Rozlina Sharina Rosedi, 40, dilaporkan meninggal dunia selepas mengadu diserang asma.

Pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 48, itu berkata, sebelum kejadian, dia sempat menemui mangsa dan rakannya ketika dalam perjalanan menuju ke puncak bukit.

“Saya melihat mereka mengibas baju beberapa kali dalam keadaan wajah yang tidak selesa.

“Saya sempat bertanyakan keadaannya dan dimaklumkan mangsa mengalami asma,” katanya kepada Getaran.

Selepas memeriksa keadaan mangsa, Man meneruskan pendakian, sebelum mendapat tahu mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri tidak lama kemudian.

“Saya segera berlari turun ke bawah, dan berjaya menemui mereka di lokasi sama.

“Beberapa pengunjung lain termasuk seorang doktor cuba memberi bantuan awal kecemasan dan pernafasan,” katanya.

Man mendakwa, ketika itu masih terdapat denyutan nadi pada mangsa dan dimaklumkan dia perlu dibawa ke hospital dengan segera.

Dia memberitahu, mereka menunggu agak lama, namun tiada kelibat petugas Taman Taman Sabah (TTS) tiba di lokasi, walaupun sudah dimaklumkan perkara tersebut.

“Malah sepanjang pendakian sehingga ke puncak, saya tidak melihat seorang pun petugas TTS kecuali di bahagian bawah dan jeti.

“Kami terpaksa membawa mangsa turun dengan mendukungnya sebelum bertembung dengan empat orang petugas TTS yang membawa pengusung dan menyerahkan wanita tersebut kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna.

“Mangsa bersama dua rakannya pergi ke pulau berkenaan bagi tujuan riadah dan percutian.

“Bagaimanapun ketika sedang mendaki di Pulau Buhey Dulang, mangsa mengadu sesak nafas dan pengsan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Getaran, 5 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka