web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanvas Terlepas Ikatan, Subkontraktor, Pemandu Lori Kena Tindakan Tegas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Nov 2021 2:49PM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan kanvas tercabut dari lori milik KDEBWM terbang menutupi sebuah motosikal ditunggang dua lelaki.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini tular video berdurasi 45 saat menunjukkan kanvas yang dipasang pada sebuah lori sampah milik KDEB Waste Management (KDEBWM) terlepas ikatan dan terbang menutupi sebuah motosikal ditunggang dua lelaki.

Insiden yang dipercayai berlaku di Lebuhraya Damansara-Puchong pada Rabu lalu itu menyebabkan motosikal tersebut hilang kawalan dan terlanggar sisi kanan sebuah lori tanker yang berada di lorong kiri jalan.

Begitu pun kedua-dua mangsa terselamat dan dilihat segera bangun selepas terjatuh, bagi mengelak dilanggar kenderaan lain.

Selepas video itu tular, KDEBWM menerusi satu kenyataan memaklumkan tindakan tegas telah diambil terhadap subkontraktor dan pemandu lori yang menyebabkan kemalangan terbabit.

Menurut Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir, subkontraktor dan pemandu lori tersebut akan membuat laporan mengenai insiden berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang hari ini.

“Kami menyerahkan sepenuhnya segala siasatan lanjut serta tindakan mengikut peruntukan undang-undang kes ini kepada pihak polis.

“Kami amat memandang serius insiden ini dan akan mengambil tegas ke atas subkontraktor kami yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan termasuk menamatkan kontrak perkhidmatan mereka sekiranya perlu,” katanya.

Beliau berkata, identiti kedua-dua mangsa kemalangan itu sudah dikenal pasti untuk tindakan susulan.

“Segala urusan perubatan dan ganti rugi baik pulih kenderaan juga telah diselesaikan dan kedua-dua mangsa kini sedang menjalani rawatan.

“KDEBWM berterima kasih di atas keprihatinan orang awam yang melaporkan insiden kemalangan tersebut,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata KDEBWM amat menitik beratkan isu berkaitan pematuhan operasi dan menghargai komitmen serta keprihatinan orang awam mengenai perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di Selangor.

“Kami akan terus komited memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal oleh pihak kami mengikut SOP ditetapkan agar insiden ini tidak lagi berulang pada masa akan datang,” katanya. - Getaran, 5 November 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Lelaki Nyaris Maut, Tayar Lori Diperiksa Tiba-Tiba Meletup

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Sudahlah Lebih Muatan, Lori Pula Dipandu Laju

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Alahai, Macam Mana Boleh Kena Heret Tu

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Lori Halang Laluan Smart Lane

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka