web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lari Dari Pusat Pemulihan, Pelatih Maut Dibelasah Warden

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 3:31PM

Warden pusat pemulihan dadah dan akhlak (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar untuk perintah tahanan reman.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah dan akhlak swasta di Changlin di sini, maut di tangan warden selepas dibelasah, apabila tertangkap ketika cuba melarikan diri petang semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa yang berusia 31 tahun disahkan maut dalam perjalanan ke hospital, setelah tiba-tiba pengsan sewaktu sedang mandi sekitar jam 6.15 petang semalam.

Menurut beliau, mangsa dikatakan telah melarikan diri dari pusat pemulihan tersebut pada jam 3 pagi semalam.

“Ahli jawatankuasa pusat pemulihan berkenaan bagaimanapun berjaya menemui mangsa kira-kira satu kilometer dari pusat pemulihan tersebut di Jalan Sintok dan membawanya pulang,” katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Insiden tersebut jelas Kamarul Zaman, tidak berakhir di situ apabila seorang warden berusia 46 tahun didakwa datang ke sel yang menempatkan mangsa kira-kira jam 11 pagi dan memukul serta menendangnya.

“Difahamkan warden tersebut bertindak sedemikian kerana marah kepada mangsa kerana lari dari situ.

“Pelatih-pelatih senior bagaimanapun dapat menenangkan warden tersebut bagi mengelakkannya dari terus membelasah mangsa,” katanya.

Tambahnya, kejadian itu turut disaksikan kumpulan pelatih lain.

“Setelah mangsa didapati pengsan, warden tersebut dengan bantuan beberapa individu lain membawa mangsa ke Hospital Jitra dengan menaiki van.

“Mangsa bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital tersebut,” katanya.

Tambahnya kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan suspek turut direman selama tujuh hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan. - Getaran, 5 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Lelaki Maut Dipukul Selepas Kemalangan Positif Dadah Ketika Kejadian - Hussein

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pukul Ibu Angkat Hingga Cedera, Guru KAFA Dicekup Polis

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pukul Warga Emas Sebabkan Kemalangan, 2 Lelaki Ditahan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Individu Kasari Anggota JPJ Sudah Dijatuhi Hukuman - Pengarah

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Luar Negara 8 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

Semasa 23 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana