web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pukul Warga Emas Sebabkan Kemalangan, 2 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 8:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki kerana disyaki memukul seorang warga emas yang dipercayai menyebabkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata dua lelaki berusia 26 dan 43 tahun itu ditahan sekitar Kajang kira-kira 3.30 pagi tadi.

Beliau berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 63 tahun yang turut terbabit dalam kemalangan pada Khamis lepas kira-kira 12.35 tengah hari itu.

"Dalam kejadian itu, kereta yang dipandu lelaki warga emas terbabit telah melanggar sebuah van membawa beberapa murid sekolah yang dipandu seorang wanita.

"Sejurus selepas kejadian, lelaki terbabit dihampiri beberapa orang yang tidak dikenali dengan dua daripadanya bertindak memukulnya di bahagian badan sehingga menyebabkan kecederaan di perut, dahi dan badan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipukul oleh orang awam yang marah kerana dipercayai memandu kenderaan secara laju dan tidak berhenti semasa lampu isyarat merah sehingga melanggar van sekolah terbabit.

"Kedua-dua individu itu direman sehingga Isnin (15 Jan) dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Semalam, Mohd Zaid dilaporkan berkata kejadian kemalangan itu dipercayai berpunca daripada kegagalan brek sebuah kereta jenis Proton Saga yang melanggar sebuah bas sekolah dan sebuah lagi kereta jenis BMW serta turut menyebabkan seorang pelajar sekolah mengalami kecederaan ringan.

Terdahulu, satu rakaman tular berdurasi 39 saat menunjukkan berlaku kekecohan di lokasi kemalangan dan gambar memaparkan seorang warga emas cedera dipercayai dipukul beberapa individu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari