web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gambar Bungkusan Makanan Berserta Wang Tunai RM50 Tiada Kaitan Aktiviti Raih Undi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 5:06PM

Polis menafikan penyebaran gambar bantuan bungkusan makanan yang diselitkan bersama wang tunai RM50 mempunyai kaitan dengan aktiviti meraih undi PRN Melaka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Polis Melaka menafikan penyebaran gambar bantuan bungkusan makanan yang diselitkan bersama wang tunai RM50 mempunyai kaitan dengan aktiviti meraih undi melibatkan parti politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Azlan Abu berkata sebaliknya berdasarkan siasatan yang dijalankan, bungkusan makanan itu merupakan bantuan makanan kepada warga emas dan kejadian dilaporkan berlaku di luar Melaka.

“Hasil semakan Polis Melaka, terdapat sebuah video berkenaan kejadian itu menunjukkan agihan bantuan makanan dan wang tunai RM50 kepada orang-orang tua, namun tidak terkesan sebarang aktiviti meraih undi atau apa-apa lambang atau elemen parti politik di dalam kandungan video tersebut.

“Sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang laporan dibuat berkenaan kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam tular di media sosial tentang beberapa bungkusan makanan diselitkan wang tunai RM50 setiap satu dan keterangan gambar mendakwa ia berlaku di Melaka serta terdapat komen mengatakan program bantuan itu berunsurkan politik dan bertujuan meraih undi.

Azlan berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan berita palsu atau tidak sahih yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata individu yang mempunyai maklumat atau mengetahui tentang kejadian tersebut diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Insp Md Assyukri Saini di talian 016-7530492 bagi membantu siasatan lanjut.

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih demi kepentingan sendiri kerana tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka