web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Untuk Bantu Siasatan Kes Along Mati Ditetak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Nov 2021 8:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki di Jenjarom, dekat sini petang tadi bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang along akibat ditetak dengan parang di hadapan sebuah kopitiam di Bandar Baru Bukit Tinggi Klang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata lelaki berumur 33 tahun itu ditahan pada pukul 6.30 petang.

Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Klang esok.

Beliau berkata dalam kejadian awal pagi tadi, along berumur 47 itu dikatakan hendak membuka pintu kereta selepas selesai makan bersama dua anaknya yang berumur 10 dan 18 tahun, apabila didatangi tiga lelaki, dan dua daripadanya yang bersenjatakan parang terus menyerangnya.

Shamsul Amar berkata ketiga-tiga suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang menunggu mereka di tepi jalan menghala keluar ke arah Persiaran Batu Nilam, Klang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka