web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Musim Hujan, Kebimbangan Varian Baharu COVID-19, Faktor GPS Adakan PRN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Nov 2021 8:03AM

Douglas Uggah Embas (kanan) pada sesi pertemuan dengan pemimpin akar umbi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Saban dan ahli jawatankuasanya di Spaoh, semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BETONG - Gabungan Parti Sarawak (GPS) memilih untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 dalam tempoh terdekat berikutan kemunculan musim tengkujuh yang dijangka berlaku awal tahun depan, selain kebimbangan terhadap varian baharu COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu dibuat selepas menjalankan rundingan dan perbincangan dengan pihak berkaitan.

Menurut beliau, tuduhan pembangkang kononnya kerajaan hari ini bertegas mahu mengadakan PRN kerana kebimbangan terhadap hak pengundi bawah 18 adalah propaganda semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan GPS.

"Tiada jaminan bahawa semua pengundi itu akan menjadi anti-kerajaan GPS," katanya selepas sesi pertemuan dengan pemimpin akar umbi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Saban dan ahli jawatankuasanya di Spaoh, semalam.

Beliau berkata, musim hujan di Sarawak dijangka berlaku pada Januari dan Februari tahun depan.

"PRN dalam masa tengkujuh akan menjadikan ia sukar, ditambah lagi dengan kemungkinan banjir di kebanyakan kawasan," ujarnya.

Katanya, 90 peratus populasi dewasa di Sarawak juga telah melengkapkan proses vaksinasi masing-masing.

"Kami sedang dalam proses menjalankan program vaksinasi dan suntikan penggalak untuk golongan remaja," jelasnya.

Douglas berkata, Sarawak pada September lalu, mencatatkan kes COVID-19 tertinggi dalam negara, namun kini jumlahnya berada antara 400 sehingga 500 setiap hari.

"Pilihan raya tidak boleh dilengahkan kerana dikhuatiri varian baharu COVID-19 yang lebih bahaya muncul pada masa hadapan," tegasnya.

Menurut beliau lagi, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah wajib sepanjang pelaksanaan proses PRN.  - Getaran, 8 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka