web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Budaya Konsep Tanpa Kertas Undang Bahaya Ancaman Siber

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 8:23PM

Kerajaan perlu memastikan rangkaian sistem komputer berada pada tahap yang tinggi bagi melindungi keselamatan data peribadi daripada menjadi mangsa serangan siber. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta revolusi jaringan internet dicipta pakar komputer dan pembangun perisian hari ini membolehkan manusia berkomunikasi tanpa sempadan.

Namun, kepesatan dan kecanggihan ICT bukan sahaja mendatangkan kesan positif kepada kehidupan manusia, bahkan turut membawa impak negatif seperti jenayah siber yang boleh membahayakan kehidupan jika tidak diawasi dan ditangani sebaiknya.

Serangan siber merupakan ancaman baharu yang mendapat perhatian khusus banyak negara dan kerajaan hari ini, lantaran ia hadir dalam pelbagai bentuk, termasuk secara senyap.

Atas faktor ini, kerajaan perlu memastikan rangkaian sistem komputer berada pada tahap yang tertinggi, bagi memastikan keselamatan data dan maklumat peribadi selamat dari mana-mana anasir penggodam.

 Shahelmey Yahya - Gambar dari media sosial
Shahelmey Yahya - Gambar dari media sosial

Perkara itu turut disuarakan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang menyifatkan, tahap keselamatan data negara perlu diteliti dari semasa ke semasa.

Ini kerana, menurut beliau, usaha kerajaan membudayakan konsep tanpa kertas dalam perkhidmatan di negara ini bakal berdepan dengan ancaman siber.

“Saya menyambut baik usaha kerajaan dalam membudayakan konsep tanpa kertas dalam perkhidmatan, sama ada di sektor awam atau swasta.

“Sejajar dengan usaha itu, perhatian yang teliti perlu diberi kepada keselamatan siber terutamanya jika ia membabitkan kerjasama dengan pihak asing. Ini demi keselamatan negara kerana data dan maklumat merupakan aset penting sesebuah negara,” katanya hari ini.

Terdahulu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentang Bajet 2022 berkata, kerajaan menyasarkan penggunaan 80 peratus cloud storage dalam perkhidmatan awam pada tahun hadapan, sebagai antara usaha meningkatkan penggunaan pengkomputeran awan bagi membudayakan konsep tanpa kertas.

Dalam pada itu, Shahelmey yang juga Exco Kesihatan Sabah berpendapat, ancaman siber memerlukan pemantauan yang berterusan kerana tahap keselamatan siber akan memberi kesan kepada ekonomi dan keselamatan negara.

“Ancaman siber ini adalah perkara yang memerlukan pemantauan yang berterusan kerana pihak tidak bertanggungjawab akan sentiasa mencari cara untuk menggodam, terutamanya membabitkan data dan maklumat penting.

“Ia akan dapat menjejaskan ekonomi negara jika ianya berlaku. Kita perlu memastikan kesiapsiagaan kita dalam hal ini di peringkat yang tinggi pada setiap masa,” katanya.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebelum ini melaporkan hampir 84 peratus perusahaan kecil dan sederhana ((PKS) di negara ini telah diserang dan menerima ancaman siber.

Chubb, syarikat urus niaga hartanah dan insurans kecederaan global juga turut mendedahkan perkara itu menerusi Laporan Kesediaan Siber PKS - Kelalaian adalah Risiko.

Presiden Negara Chubb Malaysia, Steve Crouch berkata, jumlah perniagaan kecil yang menjadi mangsa insiden siber adalah tinggi dan ia merupakan satu senario yang membimbangkan. – Getaran, 8 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Budaya 6 bulan yang lalu

Pesta Bola Ngoca Sasar 35,000 Pengunjung, Perkasa Sektor Pelancongan

2

Budaya 8 bulan yang lalu

Galeri Anak-Anak Sidek Dibuka 1 November

3

Budaya 8 bulan yang lalu

Festival Silat Wariskan Seni Berharga, Tinggalan Untuk Generasi Muda

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jadikan Perayaan, Budaya Yang Pelbagai Pengikat Persaudaraan Rakyat - Anwar

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 2 jam yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 21 jam yang lalu

Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan