web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pesta Bola Ngoca Sasar 35,000 Pengunjung, Perkasa Sektor Pelancongan

Budaya Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 10:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PILAH - Penganjuran Pesta Bola Ngoca 2023 di Kampung Budaya Terachi, di sini memperlihatkan sektor pelancongan negeri berkembang pesat selain tanda pembangunan Kuala Pilah semakin bertambah maju selari hasrat menjadikan daerah itu sebagai Perbandaran menjelang 2035.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata program dua hari sehingga esok yang menyasarkan 35,000 pengunjung itu juga bertujuan mempromosi sukan tradisional di dalam dan luar negeri termasuk bola sepak sawah dan ’mengoca' atau menangkap ikan menggunakan tangan.

“Selalu sukan renang, berbasikal itu dah biasa tetapi ini tiada di negeri lain. Negeri Sembilan ada identiti tersendiri dengan penganjuran ini dan saya yakin inilah trademark (jenama) dan akan mengangkat Kuala Pilah sebagai destinasi tahunan.

“Masyarakat setempat juga mendapat manfaat, kalau sebelum ini ada 40 gerai, namun tahun ini ada 64 gerai, itu pun masih ada permintaan. Program ini memberi ruang kepada penduduk menambah pendapatan dan memperkenalkan produk yang ada di negeri ini,’” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu, di sini hari ini.

Beliau berkata program tahunan itu turut disertai beberapa negeri lain termasuk Selangor, Kelantan, Melaka, Terengganu dan Kuala Lumpur selain dua penyertaan peringkat antarabangsa iaitu dari Zambia dan Vietnam.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM800,000 bagi pembinaan tambahan tempat letak kereta pengunjung, laluan pejalan kaki serta menyediakan lampu limpah di Stadium Ngoca tersebut.

Dalam program itu, Aminuddin turut merasmikan beras putih tempatan berjenama Seri Menanti hasil tuaian sawah di Terachi yang dijual pada harga RM2 sekilogram sempena program hari ini dengan hasil jualan disalurkan ke tabung Peduli Palestin dan Amanah Keluarga Miskin Kuala Pilah.

“Pada peringkat permulaan, sebanyak tiga tan beras hasilkan. Pengeluaran padi di negeri ini masih rendah dan tidak mampu untuk tampung permintaan serta untuk dikomersialkan tetapi kita mahu galakkan ia,” kata Aminuddin.

Sementara itu, beliau berkata menjadi hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi hasil pengeluaran padi termasuk mengaktifkan semula tanah-tanah terbiar bagi tanaman itu sekali gus berupaya menjadi antara produk utama Negeri Sembilan.

"Memang kerajaan negeri ada tambah kawasan tanaman padi seperti di Londah, Gemas dan di Seri Menanti...tapi jumlah tidaklah besar, kita mahu penghasilannya tinggi dan bilangannya meningkat saban tahun," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Budaya 8 bulan yang lalu

Galeri Anak-Anak Sidek Dibuka 1 November

2

Budaya 8 bulan yang lalu

Festival Silat Wariskan Seni Berharga, Tinggalan Untuk Generasi Muda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jadikan Perayaan, Budaya Yang Pelbagai Pengikat Persaudaraan Rakyat - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Lulus Peruntukan Tambahan RM5 Juta, Perkasa Karya Sasterawan Negara

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Tiket Untuk Menyaksikan Indonesian Music Festival Dijual Serendah RM188

oleh Wartawan Hiburan Getaran