web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Lulus Peruntukan Tambahan RM5 Juta, Perkasa Karya Sasterawan Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 4:02PM

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM3 juta bagi pengurusan Yayasan Karyawan, dan RM2 juta bagi usaha mempopularkan karya sasterawan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bertujuan memberi pengiktirafan kepada barisan sasterawan negara, dan membolehkan sehingga 60 judul baharu diterbitkan serta dikembangkan menjadi karya agung yang boleh diteladani.

“Kita tidak mahu hasil karya hanya berlegar dalam kalangan elit yang memenuhi rak buku di perpustakaan peribadi mereka. Selain daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, Yayasan Karyawan itu khusus tugasnya untuk meningkatkan usaha memperkenalkan kepada khalayak karya besar Melayu.

“Saya akan memberikan apa sahaja sokongan yang perlu kerana bagi saya ini adalah berkenaan survival bangsa,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin (Empat jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Balai Budaya Tun Syed Nasir di sini hari ini.

Dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan Febuari lepas, tiga agensi yang terlibat dalam terjemahan dan penerbitan iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia serta Yayasan Karyawan diperuntukkan RM20 juta bagi menggalakkan aktiviti berkenaan. 

Mengulas mengenai kepentingan untuk memperkasakan karya dan ilmu sastera, Anwar berkata kekuatan ekonomi semata-mata tidak akan menjamin kekuatan sesebuah bangsa, negara atau tamadun.

Justeru, beliau berkata ia memerlukan daya usaha untuk memperkasakan budaya dan bahasa di samping menggali semula khazanah bangsa.

“Bagi saya ia adalah satu tugas besar. Bagi membangkitkan, membangun, dan memperkasa bangsa itu harus berteraskan kekuatan bahasa budaya dan dengan memunggah semula, menggali dan menghebahklan khazanah bangsa kita sendiri.

“Kekuatan ekonomi itu tidak akan menjamin kekuatan bangsa, negara dan tamadun tanpa usaha memperkasakan bahasa, budaya dan menggali khazanah, ” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

4

Semasa 3 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan