web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4,186 Doktor Kontrak Dilantik Ke Jawatan Tetap Menjelang 2022

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Nov 2021 1:53PM

Hartal Doktor Kontrak telah mengadakan protes pada bulan Julai lalu bagi mendesak kerajaan melaksanakan segera pelantikan doktor dari golongan itu ke perjawatan tetap. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih RM377 juta akan dibelanjakan untuk melantik 4,186 doktor kontrak ke jawatan tetap menjelang tahun depan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin.

Khairy berkata, kementeriannya juga akan melihat unjuran bilangan doktor kontrak yang diperlukan untuk dilantik ke perjawatan tetap.

"Saya tak pasti kalau kita dapat serap semua yang ada di bawah kontrak secara tetap, tetapi kita mula dengan unjuran keperluan dahulu. Saya pasti dengan unjuran itu, kita akan usahakan supaya dapat kita serap untuk dimasukkan dalam perkhidmatan tetap.

“Daripada jumlah 4,186 tersebut, sebanyak 3,586 adalah pegawai perubatan, 300 pegawai farmasi dan 300 pegawai pergigian,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang ingin mengetahui apakah implikasi kewangan, sekiranya kerajaan melantik kesemua doktor kontrak ketika ini secara tetap.

Anwar mengajukan pertanyaan itu pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy juga memaklumkan, sejak akhir 2016, lebih 24,000 pegawai perubatan latihan siswazah dilantik secara kontrak, namun hanya sekitar 1,000 orang ditawarkan perkhidmatan tetap.

Jelas beliau, ia adalah masalah legasi lama yang perlu diatasi segera.

Sementara itu Anwar yang juga Ketua Pembangkang turut menggesa kerajaan berlaku adil, memandangkan isu doktor kontrak tersebut sudah berlarutan dengan begitu lama.

“Sebab itu kita desak kerajaan supaya berikan keadilan pada mereka, dengan dilantik secara tetap dan implikasi kewangan itu saya tidak fikir menjadi satu alasan munasabah.

“Saya harap kerajaan boleh memberi jaminan untuk melantik 10,500 doktor kontrak ke lantikan tetap,” ujarnya lagi.

Pada Bajet 2022, kerajaan telah bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tamat tempoh khidmat wajib selama dua tahun kepada maksimum empat tahun.

Julai lalu, ribuan doktor kontrak telah meneruskan gerakan Hartal Doktor Kontrak bagi mendesak kerajaan melaksanakan pada kadar segera pelantikan doktor dari golongan itu ke perjawatan tetap.

Ia bagi membolehkan mereka menikmati hak, gaji dan faedah sama rata dengan rakan seperjuangan yang berjawatan tetap. - Getaran, 9 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka