web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MHO Sasar Bantu Golongan Kanak-Kanak Tidak Berstatus Warganegara Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 3:37PM

Hishamuddin Hassim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penantian seorang ayah bagi mendapatkan kewarganegaraan Malaysia buat anak perempuannya yang berusia lima tahun dan dilahirkan di negara ini oleh seorang wanita warga China, akhirnya menjadi kenyataan.

Ini selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed pada Oktober lalu membenarkan permohonan kanak-kanak itu yang sebelum ini memegang status 'tidak bernegara' supaya Ketua Pendaftar Kelahiran dan Kematian Malaysia mendaftarkan semula taraf kewarganegaraan kanak-kanak berkenaan sebagai warganegara Malaysia.

Dalam penghakimannya, beliau memutuskan kanak-kanak berkenaan memenuhi syarat kelayakan sebagai warganegara kerana memenuhi Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, iaitu bapanya seorang warganegara Malaysia serta dilahirkan di Malaysia dan tidak dilahirkan sebagai warganegara negara lain.

Abdul Wahab membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan saman pemula yang difailkan kanak-kanak itu melalui bapanya pada Disember 2019.

Atas dasar terbabit, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) sedaya upaya berusaha menyasarkan membantu mana-mana golongan terutama kanak-kanak yang dilahirkan di negara ini, tetapi tidak berstatus warganegara atau stateless.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hassim berkata, MHO mengambil pendekatan itu kerana  percaya masih terdapat banyak lagi mereka di luar sana mengalami kes sebegitu.

“MHO sedaya upaya bantu untuk membuat permohonan ke mahkamah bagi memberi hak kepada golongan stateless yang memenuhi syarat perlembagaan.

“Dalam memutuskan sesuatu kes, mahkamah mengambil kira beberapa faktor serta elemen yang dinyatakan di dalam Seksyen 14 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan dan merujuk syarat-syarat bagi melayakkan sesuatu permohonan itu berjaya,”katanya, hari ini.

Dalam permohonan berkenaan, kanak-kanak itu memohon supaya Ketua Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Malaysia mendaftarkan semula taraf kewarganegaraannya sebagai warganegara Malaysia.

Pemohon juga memohon Ketua Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Malaysia mendaftarkan semula kelahirannya sebagai orang sah taraf dan menamakan bapanya yang berumur 38 tahun sebagai bapa kandung dan ibunya, 39 tahun, sebagai ibu kandung.

Alasan pemohon memfailkan saman pemula itu antaranya pemohon berhak menjadi warganegara Malaysia dengan cara kuatkuasa undang-undang mengikut Perkara 14(1)(b) Perlembangaan Persekutuan.

Pemohon berkata, berdasarkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) bertarikh 18 Nov 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia, menyatakan lelaki berumur 38 tahun itu bapa kandungnya.

Mengulas lanjut, Hishamuddin menegaskan Seksyen 14 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan adalah seksyen penting yang diguna pakai sekiranya terdapat kanak-kanak dilahirkan di Malaysia namun tidak berstatus warganegara atau stateless di samping ingin memohon warganegara melalui cara penguatkuasaan undang-undang.

“Antara elemen utama adalah salah seorang bapa atau ibu adalah warganegara Malaysia, kanak-kanak tersebut mestilah lahir di Malaysia dan semasa dilahirkan kanak-kanak itu tiada memegang mana-mana kewarganegaraan negara lain.

“Selain itu, faktor lain yang penting akan diambil kira seperti taraf sah seseorang kanak-kanak tersebut, taraf sah perkahwinan ibu dan bapa,” ujarnya.

Tambah beliau, mahkamah juga mengambil kira berdasarkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) yang menyatakan lelaki tersebut itu adalah bapa kandungnya.

“Mahkamah juga memutuskan isu sama ada taraf perkahwinan ibu bapa semasa kanak-kanak itu dilahirkan sah atau tidak adalah tidak relevan dengan kes berkenaan.

“Ini disebabkan kanak-kanak berkenaan dilahirkan di Ipoh dan tiada pasport luar negara atau kerakyatan negara lain,” katanya. – Getaran, 9 November 2021.

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 21 jam yang lalu

Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Bas Terbabit Nahas Di Genting Highlands Tiada Lesen Memandu