web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hampir RM3 Juta Kompaun Dikeluarkan JKN Pahang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 8:12PM

Dr Nor Azimi Yunus (kiri) menerangkan kepada pemilik restoran mengenai kesalahan dan kompaun yang dikenakan ke atas premis makanannya dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kesalahan merokok di kedai makan antara kompaun tertinggi dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang sehingga hujung bulan lalu.

Sehingga 31 Oktober lalu, sejumlah 1,746 kompaun bernilai hampir RM3 juta dikutip penguatkuasa JKN Pahang, sekali gus menjadi negeri tertinggi mengeluarkan kompaun membabitkan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, selain membabitkan kegagalan menggunakan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka, kesalahan paling tinggi direkodkan ialah merokok di tempat makan. 

"Secara keseluruhan kita melakukan 10 siri operasi seperti diarahkan Kementerian Kesihatan dan sejak September lalu, kita melakukan enam siri operasi bersepadu di peringkat negeri. 

"Hasil operasi dijalankan itu menyaksikan 1,746 kompaun dikeluarkan dengan 1,314 daripadanya adalah kesalahan merokok di tempat atau kedai makan. 

"Untuk kesalahan merokok ini, kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan kebanyakan kompaun dikeluarkan kepada pelanggan " katanya selepas mengetuai operasi penguatkuasaan di sekitar bandar raya Kuantan, pagi tadi. 

Dalam operasi itu, lima kompaun dikeluarkan membabitkan kesalahan merokok di premis, tidak mengimbas MySejahtera dan seorang pelanggan yang menjamu selera di kedai tanpa dos lengkap vaksin COVID-19. 

Dr Nor Azimi bagaimanapun memaklumkan, kompaun akan dikeluarkan kepada pemilik premis sekiranya mereka dikesan gagal menghalang pelanggan daripada merokok di premis masing-masing.. 

Katanya, selain kesalahan merokok di kedai makan, pihaknya turut mengeluarkan 643 kompaun kepada pengunjung pasar raya dan 85 kompaun kepada pengguna lebuh raya yang merokok di kawasan hentian rehat dan rawat. 

"Jumlah kompaun tertinggi direkodkan di Kuantan dengan 512 kompaun, Temerloh (284), Bentong (216),Rompin (193) dan Bera sebanyak 121 kompaun. 

"Selain itu, sebanyak 1,478 premis juga diarahkan tutup bagi aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit COVID-19," katanya.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka