web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Mengaku Salah Memandu Secara Cuai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 8:20PM

Sekila Kasinadi didenda RM5,000 selepas mengaku salah memandu dengan cuai hingga mengakibatkan kematian seorang pelajar lelaki, 2 tahun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang penjawat awam didenda RM5,000 di Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar lelaki, dua tahun lalu.

Tertuduh, Sekila Kasinadi, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Indah, Jalan Merotai, dalam daerah Kalabakan, pada jam 7 pagi, 17 Julai 2019.

Berdasarkan pertuduhan pilihan yang dibacakan, Sekila didakwa memandu dengan cuai Perodua Myvi ketika dalam perjalanan dari Felda Umas ke Wisma Kastam Tawau.

Tertuduh dikatakan cuba memintas sebuah lori di hadapannya, sebelum merempuh sebuah motosikal dari arah bertentangan yang ditunggang Muhammad Rayyan Bisanga, 18.

Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sehubungan itu, Sekila didakwa mengikut pertuduhan pilihan Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM4,000 dan tidak lebih RM10,000 dan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi setahun.

Peguam tertuduh, Abdul Fikry Jaafar dalam pembelaannya berkata, tertuduh  berkhidmat hampir lapan tahun di Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2018.

Selain itu, tertuduh juga mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun selain tidak pernah melakukan kesalahan jenayah.

Sehubungan itu, Abdul Fikry meminta mahkamah meringankan hukuman memandangkan tertuduh juga akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk hilang pekerjaan dan segala faedah.

Majistret Dzul Elmy Yunus dalam penghakimannya berkata, walaupun perkara kemalangan itu di luar kawalan manusia, mahkamah juga mengambil kira kesan terhadap keluarga yang kehilangan mangsa.

Sehubungan itu, Dzul Elmy menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan penjara lima bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Lesen memandu tertuduh juga dibatalkan serta merta.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana. - Getaran, 9 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka