web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gudang Simpan Barang Seludup Diserbu, Rokok, Arak Bernilai RM 1.8 Juta Dirampas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 8:26PM

PPM Wilayah Lima Limbang berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan berjaya merampas rokok serta minuman keras yang tidak bercukai bernilai lebih sejuta ringgit.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LIMBANG - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Limbang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras yang tidak bercukai bernilai RM1,888,176 di kawasan Taman Sentosa, di sini Jumaat lalu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, Asisten Komisioner (ACP) Zulfikar Mohd Ghazali berkata, taktik yang digunakan sindiket ialah menjadikan rumah kediaman sebagai gudang penyimpanan barang seludup.

Zulfikar Mohd Ghazali
Zulfikar Mohd Ghazali

Menurut beliau, serbuan dilakukan pegawai dan anggota PPM Limbang berdasarkan maklumat serta risikan yang diperoleh Unit Risik Marin Limbang.

"Seorang suspek iaitu lelaki tempatan telah berjaya ditangkap. 

"Pelbagai jenis minuman keras serta rokok dipercayai tidak bercukai pula dirampas, dan kesalahan dilakukan mengikut Akta Kastam 1967," katanya hari ini.

Beliau berkata, sebuah van yang dijadikan antara tempat penyimpanan barangan tidak bercukai tersebut juga dirampas dan dibawa ke Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Limbang.

"Tangkapan dan rampasan  diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang untuk siasatan dan tindakan selanjutnya," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat penyeludupan di Sarawak untuk menghubungi talian hotline Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak di 082-334111 atau Facebook rasmi Pasukan Polis Marin Sarawak. - Getaran, 9 November 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka