web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas CEO 1MDB Mengaku Berada 'Sedikit' Di Bawah Kawalan Jho Low

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 9:08PM

Mohd Hazem Abd Rahman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengaku di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau berada ‘sedikit’ di bawah kawalan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.

Mohd Hazem Abd Rahman, 49, bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh peguam Mardhiyah Siraj bahawa adalah jelas beliau dan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB Azmi Tahir berada di bawah kawalan Jho Low kerana mereka melaksanakan arahannya semasa bermesyuarat dengan firma perakaunan KPMG Malaysia pada 2013.

“Ya, sedikit,” katanya ketika disoal balas oleh Mardhiyah, yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri itu membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB. 

Mardhiyah merujuk saksi pendakwaan ke-10 itu kepada perenggan dalam penyataan saksi Mohd Hazem di mana beliau menyatakan bahawa Jho Low telah menge-mel satu ‘pakej taklimat’ kepada beliau, Azmi dan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Terence Geh sebelum mesyuarat pada 2013.

Pakej taklimat itu mengandungi penjelasan Jho Low yang menekankan mengenai jawapan kepada isu yang dibangkitkan oleh KPMG dan strategi yang perlu diikuti oleh wakil 1MDB semasa mesyuarat tersebut.

KPMG dilantik sebagai juruaudit 1MDB bagi tahun kewangan 2010, 2011 dan 2012 tetapi telah dipecat pada 2013 selepas enggan menandatangani akaun kewangan 1MDB bagi tahun 2013.

Disoal lanjut, Mohd Hazem bagaimanapun tidak bersetuju bahawa beliau, Azmi dan Geh telah mengikuti arahan e-mel Jho Low yang merugikan 1MDB.

Peguam itu juga mencadangkan kepada saksi bahawa sebab mengapa beliau sebagai CEO 1MDB terpaksa bergantung kepada e-mel Jho Low ialah kerana beliau bersubahat dengan ahli perniagaan itu untuk menyembunyikan beberapa fakta daripada firma perakaunan tersebut dan lembaga pengarah 1MDB yang disangkal oleh Mohd Hazem.

Mardhiyah: Mengapa pihak pengurusan (1MDB) tidak dapat memenuhi permintaan KPMG? Mengapa anda tidak boleh memberikan maklumat kepada juruaudit anda? Mengapa perlu bergantung kepada Jho Low dan e-melnya?

Mohd Hazem: Seperti yang saya nyatakan sepanjang prosiding perbicaraan ini, saya bergantung kepada pasukan kewangan dan maklumat yang diberikan oleh Jho Low.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka