web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jambatan Unik Sepanjang 2.3 KM Bakal Rentasi Sungai Pahang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 7:38AM

Jambatan sepanjang 2.3 kilometer sedang dibina merentasi sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu Sungai Pahang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEMERLOH - Jambatan sepanjang 2.3 kilometer yang sedang dibina dan bakal merentasi sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, Sungai Pahang, adalah salah satu ciri unik di Seksyen Enam Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang bermula dari Paya Besar, Kuantan ke Lanchang di sini.

Pihak China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) dan Pegawai Perhubungan Awam Seksyen Enam ECRL, Satnam Singh berkata pembinaan jambatan itu telah bermula Mac lepas dan dijangka siap pada Disember 2023.

“Sebaik siap, jambatan yang bermula dari Kampung Tengah dan berakhir di Kampung Tanjung Batu itu akan membolehkan pengguna melihat sangkar ikan patin, yang menjadi kebanggaan Temerloh.

Jambatan itu berketinggian 50 meter memandangkan kawasan tersebut sering dilanda banjir, serta sejarah banjir telah diambil kira dalam perancangan, termasuklah yang terkini iaitu banjir besar awal tahun ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan pembinaan jambatan berkenaan di sini semalam.

Setakat ini, 95 orang pekerja mengejar masa bekerja dari 8 pagi hingga 8 malam untuk menyiapkan sebanyak kerja yang boleh, sebelum musim monsun bermula dan mengakibatkan kerja-kerja pembinaan tertangguh.

Satnam berkata secara keseluruhan jambatan tersebut terdiri daripada 538 asas cerucuk, 63 tiang dan dua penampan. 

“Pembinaan asas cerucuk menggunakan teknik menggali lubang secara penggerudian berputar dan menuang konkrit dalam air, menggunakan empat gerudi penggerudian berputar, tiga kren bergerak dan dua jengkaut,” katanya.

Menurutnya setakat ini, 60 peratus kerja-kerja pembinaan asas cerucuk telah dijalankan.

Satnam berkata aspek keselamatan diberi keutamaan bagi mengelak insiden yang tidak diingini berlaku, seperti lemas, justeru semua pekerja dikehendaki memakai jaket keselamatan sebagai tambahan kepada pakaian perlindungan diri (PPE) yang biasa dipakai pekerja pembinaan.

Sementara itu, Pengurus Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran CCC-ECRL, Major (B) Mohd Salahuddin Yaakob berkata semua pekerja mestilah lulus kursus keselamatan di Pusat Latihan Keselamatan syarikat itu di Kampung Paya Pasir dekat sini, sebelum dibenarkan bekerja di lapangan.

Terkini, seramai 2,500 pekerja telah menjalani latihan itu yang dikendalikan oleh pengajar terlatih menggunakan modul yang diwajibkan oleh pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka