web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia, Indonesia Keluar SOP Sebelum Buka Sempadan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 12:47PM

Ismail Sabri mengadakan pertemuan bersama Joko Widodo di Istana Bogor, Indonesia. - Gambar dari Twitter Ismail Sabri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Indonesia akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dengan terperinci sebelum mengumumkan tarikh pembukaan sempadan kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu adalah bagi menangani dan mengelakkan kesan penularan jangkitan pandemik terbabit yang melanda dunia sejak kira-kira dua tahun lalu.

Menurut beliau, SOP berkenaan membabitkan pembukaan sempadan melalui perjalanan udara dari Kuala Lumpur ke Jakarta dan Kuala Lumpur ke Bali.

“Kedua-dua pihak (Malaysia dan Indonesia) akan mengeluarkan SOP sebelum mengumumkan tarikh kuatkuasa pembukaan sempadan,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Ismail Sabri berkata, perkara itu dipersetujui pada pertemuan bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Bogor, semalam dalam lawatan sulung beliau ke negara jiran berkenaan.

Pada pertemuan empat mata itu, katanya, kedua-dua pemimpin turut membincangkan pelbagai perkara, termasuk kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia dan pembabitan usahawan negara ini dalam pembangunan Kalimantan.

Jelasnya, mereka turut membincangkan peluang pelaburan bagi kedua-dua negara, isu perbatasan, isu Myanmar dan Laut China Selatan.

“Saya dan Bapak Presiden Jokowi mengadakan pertemuan empat mata di beranda Istana Bogor dalam suasana sangat mesra dan penuh dengan semangat persaudaraan.

“Banyak persetujuan bersama yang tercapai demi kepentingan kedua-dua negara. Semoga hubungan persaudaraan Malaysia dan Indonesia terus akrab,” katanya. – Getaran, 11 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka